.

Khamis, 30 April 2009

MEMOHON KERJA DALAM TALIAN

Kemudahan Internet telah mengubah trend masyarakat dalam mendapatkan pekerjaan. Internet bukan sekadar membolehkan kita mengakses pelbagai jenis informasi, bahkan ia telah mengubah trend masyarakat dalam mendapatkan pekerjaan.

Jika dahulu, kebanyakan iklan kekosongan jawatan diterbitkan di media cetak seperti akhbar, kini iklan kekosongan seperti itu boleh diakses terus di portal yang menyenaraikan kekosongan jawatan yang terdapat di sesebuah syarikat atau negara.

Bukan itu sahaja, portal ini juga akan menghantar e-mel pemberitahuan tentang jawatan spesifik yang boleh diubah suai oleh pengguna. Sebagai contoh, seorang graduan Teknologi Maklumat boleh mengarahkan agar hanya iklan tawaran kerja yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat sahaja dihantar kepadanya, sekali gus menjimatkan masa serta membolehkan pilihan kerja yang lebih tepat dibuat.

Jobstreet.com merupakan antara pencari kerja secara talian di Malaysia. Mula menawarkan khidmatnya sejak tahun 1995, Jobstreet telah berjaya mendapatkan puluhan ribu pekerjaan kepada ahlinya. Agensi pekerjaan lain yang turut menawarkan perkhidmatan seperti Jobstreet adalah Jobsdb.com dan juga Kareer.com.my.

Bertindak umpama agensi pencari jodoh, Jobstreet mengiklankan jawatan kosong daripada pihak majikan dan mereka yang mencari pekerjaan. Kesemua maklumat berkaitan akan disimpan di dalam pangkalan data dan seterusnya proses suai padan dijalankan. Proses suai padan adalah berdasarkan kelayakan dan bidang kerja yang dipilih oleh para calon.

Berikut merupakan tip yang boleh digunakan ketika mencari kerja melalui portal pekerjaan:

1. Berikan maklumat peribadi yang lengkap

Pastikan anda memberikan butiran peribadi yang lengkap ketika mendaftar di mana-mana agensi pekerjaan secara dalam talian.

Maklumat seperti nombor hubungan dan alamat surat-menyurat hendaklah diberikan secara tepat bagi membolehkan pihak agensi atau bakal majikan menghubungi anda untuk panggilan temuduga. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan mengakibatkan kegagalan untuk menghubungi anda sekali gus memungkinkan permohonan anda ditolak.

2. Hantarkan resume terkini

Agensi pekerjaan lazimnya akan meminta anda memuat naik resume anda yang terkini. Sekiranya resume anda sudah lama tidak dikemaskini, pastikan anda mengemaskinikannya terlebih dahulu sebelum memuat naik. Resume yang lapuk akan menyebabkannya kurang menarik perhatian bakal majikan.

3. Perkenalkan diri anda sedikit sebanyak

Sekiranya portal pekerjaan yang anda gunakan mempunyai ruangan untuk memperkenalkan diri, coretkan sedikit sebanyak mengenai diri anda. Ini akan memudahkan lagi proses tapisan dan pemilihan oleh bakal majikan.

4. Benarkan e-mel pemberitahuan pihak agensi pekerjaan

Kebiasaannya ketika mendaftar di mana-mana portal pekerjaan, anda akan diminta memilih sama ada untuk membenarkan e-mel pemberitahuan tentang sebarang jawatan kosong dihantar ke peti e-mel anda. Dengan ini, anda akan dimaklumkan tentang sebarang jawatan kosong yang bersesuaian dengan anda tanpa perlu melakukan carian secara manual di portal.

5. Membenarkan resume anda dilihat oleh majikan

Jika anda mendapati sukar mendapat panggilan temuduga, periksa settings pada akaun anda pada agensi pekerjaan. Sekiranya pilihan untuk membenarkan resume anda dilihat oleh bakal majikan disekat, aktifkan fungsi tersebut. Ini akan dapat memperluaskan lagi peluang anda untuk dipanggil temuduga.

6. Elakkan memohon kerja dengan hanya menekan butang apply

Pihak yang mencari pekerja biasanya akan mengenal pasti calon yang layak untuk ditemuduga dengan melalukan pemilihan berdasarkan resume dan juga surat permohonan yang dilampirkan bersama. Sekiranya anda ingin mendapat perhatian yang lebih daripada bakal majikan, elakkan menggunakan fungsi memohon dengan hanya menekan butang apply. Dapatkan alamat e-mel syarikat yang mempunyai kekosongan dan hantarkan surat permohonan bersama resume anda. Dengan cara ini, anda dapat mempamerkan kemahiran menulis dan penguasaan bahasa anda kepada mereka.

7. Luaskan peluang anda dengan mendaftar di agensi pekerjaan lain

Semakin banyak agensi yang anda berdaftar, semakin besar peluang anda untuk mendapat pekerjaan. Selain itu, rajin-rajinlah mengunjungi forum talian kerana terdapat ahli yang menghantar posting tentang jawatan kosong di tempat kerja mereka.



Rabu, 29 April 2009

SEMAKAN TEMUDUGA KPLI JUN 20o9 DITANGGUHKAN LAGI KE 30 APRIL 20o9

Semakan Panggilan Temuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009 yang sebelum ini ditunda kepada tarikh 29 April 20o9 terpaksa ditangguhkan lagi sehingga ke tarikh 30 April 2009 jam 12.00 tengahari. Sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru.

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia




Selasa, 28 April 2009

KPM KAJI CARA ATASI MASALAH GURU DAHULUKAN WANG SENDIRI

Kementerian Pelajaran memberi jaminan akan segera mengatasi semua kelemahan dalam sistem pengurusan di sekolah termasuk isu guru yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menguruskan program sekolah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kementerian akan melihat semua kemungkinan untuk mengatasi masalah itu termasuk menambah jumlah wang panjar runcit (petty cash) di sekolah supaya guru tak perlu mendahulukan wang sendiri.

Beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana adalah tidak wajar guru dibebankan dengan tugas berkenaan lantaran ia tidak termasuk sebagai antara kewajipan guru melaksanakan tugas.

“Meskipun guru biasanya bersedia menjalankan tugas dengan rela hati demi kepentingan pelajar, namun sebagai manusia biasa, mereka juga sering tertekan jika diminta melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

“Justeru, masalah itu perlu diatasi segera dengan kajian mendalam. Saya akan meninjau keadaan itu dengan melihat senario sebenar pada peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pengurusan sekolah.

“Semua program yang dirancang perlu perancangan lebih teliti dan mengelak daripada membebankan guru. Kita mahu guru berkhidmat dengan selesa supaya dapat menumpukan kepada tugas utama mereka dalam mendidik pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan khas Berita Harian, Ahad lalu berkenaan rungutan kebanyakan guru lantaran terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk menjalankan pelbagai aktiviti sekolah.

Mengulas komen Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang bersetuju guru berhak menarik diri daripada melaksanakan program sekolah jika terpaksa mendahulukan wang sendiri, Muhyiddin berkata, ia adalah hak guru, namun mereka perlu mengutamakan tanggungjawab terhadap pelajar.

“Jika ia program tidak wajib, tak salah jika guru mahu menarik diri jika mereka tak mampu. Namun, kebiasaannya apabila ada program yang berserta pekeliling, suka atau tidak, guru perlu mengikuti program itu.

“Guru sering tersepit dalam hal ini. Nak hantar pelajar, tak ada duit dan tak mampu untuk keluarkan duit sendiri. Tak nak hantar, ia adalah arahan yang datang dengan pekeliling.

“Justeru, sewajarnya penganjur iaitu JPN atau PPD memastikan adanya peruntukan untuk program itu supaya guru dapat melaksanakan tugas mereka dengan selesa tanpa ada bebanan lain. Jika tak ada duit, tak payah buat dan guru pun tak payah menyertainya,” katanya.

Beliau berkata, antara misi utamanya sebagai Menteri Pelajaran adalah untuk meningkatkan profesion keguruan dengan melonjakkan imej mereka dalam menjalankan perkhidmatan serta tidak dibebani dengan pelbagai masalah sampingan yang boleh menjejaskan tumpuan mereka.

(Berita Harian - 28/04/2009)




Ahad, 26 April 2009

WASPADA WABAK BARU: SELESEMA BABI

Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.

Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.

“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat.

(UTUSAN)





CARA MENGIRA INDEKS JISIM TUBUH

Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri.

Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengeJustify Fullkalkan badan yang sihat dan menarik

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti




Khamis, 23 April 2009

KL DIPILIH SEBAGAI KOTA KEBUDAYAAN ISLAM 2009


Kuala Lumpur adalah satu daripada empat bandar raya utama dunia yang dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya pemilihan Kuala Lumpur, yang diputuskan dalam Persidangan Menteri-menteri Kebudayaan Islam 2006 di Libya, adalah berdasarkan lima kriteria utama iaitu :
1.) memiliki status sejarah yang unik serta budaya yang kukuh,
2.) Kemampuan membanggakan terhadap keupayaan universal dan Islam.
"Selain itu, bandar raya ini juga mempunyai pusat penyelidikan saintifik, arkeologi dan manuskrip yang menjadi rujukan kepada penyelidik, menjadi tumpuan kebudayaan, kesenian dan warisan aktif serta mempunyai kemampuan memelihara, memulihara sejarah dan warisan negara," katanya kepada pemberita selepas menerima nota tugas daripada bekas Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini Rabu.Selain Kuala Lumpur, Baku di Azerbaijan juga dipilih sebagai bandar raya Islam bagi rantau Asia, Kairouan, Tunisia pula bagi rantau Arab dan N'Djamena, Chad bagi rantau Afrika.Rais berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan merasmikan sambutan Kuala Lumpur-Kota Kebudayaan Islam 2009 (KLCIC 2009) di Muzium Kesenian Islam pada 5 Mei."Sebagai kota kebudayaan Islam, Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti yang bersifat pendidikan, saintifik dan berunsur kebudayaan berdasarkan kepada panduan oleh Isesco," katanya.Rais berkata sebanyak 227 aktiviti berkaitan kebudayaan dan kesenian Islam akan diadakan sepanjang tahun ini antaranya pameran berunsurkan Islam, penerbitan buku berkaitan warisan seni bina masjid dan surau, ceramah, persembahan kesenian dan siaran televisyen yang membincangkan isu berkaitan Islam.

Rabu, 22 April 2009

SEMAKAN TEMUDUGA KPLI JUN 2009 DITANGGUHKAN KE 29 APRIL 2009

Adalah dimaklumkan bahawa semakan panggilan Temuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2009 ditunda kepada tarikh 29 April 2009.


Harap Maklum.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

www.moe.gov.my




Selasa, 21 April 2009

30,650 ORANG HILANG PEKERJAAN

SHAH ALAM: Sejumlah 30,650 pekerja tempatan dan asing diberhentikan di seluruh negara sejak Oktober 2008 hingga Selasa lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 23,149 pekerja diberhentikan di bawah skim pemberhentian tetap manakala 7,501 daripadanya pula secara sukarela.


(Sumber : Berita Harian, 17 April 2009) “Bagaimanapun, 2,900 pekerja tempatan ditempatkan semula mengikut sektor kekosongan di jabatan kerajaan dan swasta,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Kemahiran Industri, Inovasi dan Kreativiti di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) di sini, semalam.

Maznah berkata, bagi membantu meringankan beban mereka, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi menawarkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan akan diwujudkan di sektor awam serta swasta.

Katanya, melalui pakej rangsangan itu juga kementerian bertanggung jawab secara langsung untuk menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan Program Latihan Semula kepada pekerja yang diberhentikan serta Skim Latihan Dual Nasional bagi memberi kemahiran.

Selain itu, Maznah berkata, kementerian akan menambah program latihan termasuk kerjasama pertubuhan industri dan syarikat yang terbabit seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan, robotik dan pembinaan di samping melaksanakan lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal di Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih. - Bernama

“Kementerian turut mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109 pusat sedia ada di lokasi tumpuan awam, termasuk di kompleks membeli-belah untuk memudahkan akses pekerja dan majikan bagi mendapatkan penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar di peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

(Bernama)




Isnin, 20 April 2009

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-16 PADA 2 MEI '09


Anugerah Industri Muzik (AIM) kali ke-16 akan muncul kembali lagi. Umum mengetahui Anugerah berprestij ini diadakan bagi menghargai jasa dan komitmen para penggiat seni tanah air samada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa. Justeru, medan kali ini bakal menampilkan 'muka-muka' yang kebanyakan mereka terdiri daripada artis kelahiran beberapa siri program realiti televisyen tempatan. Namun, ada juga artis lama yang masih kuat mempertahankan kedudukan dalam industri tersebut sehingga saat ini. Antara yang dimaksudkan ialah penyanyi tersohor negara iaitu Dato' Siti Nurhaliza. Penampilan beliau dengan gaya bertudung kembali mempertaruhkan album berkonsepkan etnik. Album terbaru beliau yang diberi nama LENTERA TIMUR bakal merebut anugerah dalam beberapa kategori utama yang dipertandingkan.

Album Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza tercalon dalam 4 kategori iaitu:

1) Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita)

> AYU - Hanya Di Mercu
> DINA - Sejauh Ini
> SHILA - Memori Tercipta
> DATO' SITI NURHALIZA - Di Kayangan Kita
> DATO' SITI NURHALIZA - Di Taman Teman


2) Album Pop Etnik Terbaik

> Khazanah Pujangga (Syura)
> Lentera Timur (Dato' Siti Nurhaliza)
> Selagi Ada Rindu (Shafie Ahmad)
> Zapin Suri (Haziq)


3) Lagu Pop Etnik Terbaik

> Di Kayangan Kita - DATO' SITI NURHALIZA
> Di Taman Teman - DATO' SITI NURHALIZA
> Dirgahayu - RAMLAH RAM
> Nafas Cahaya - MISHA OMAR
> Zapin Suri - HAZIQ


4) Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu

> Pada Cintanya - DATO' SITI NURHALIZA
> Tiada Maaf - DANIEL LEE
> Aurora - ESTRANGED
> Di Taman Teman - DATO' SITI NURHALIZA
> Bukan Mimpi - FARHAN


Pelbagai telahan dan jangkaan diramal sesetengah pihak yang setia mengikuti perkembangan seni tanah air kini. Apa pun, jawapannya sama-sama kita saksikan malam kemucak pada 2 Mei 2009 nanti.

Sekadar berkongsi,
khabar-khabarkan .. .





88,442 KEKOSONGAN JAWATAN DIIKLAN

Laman web JobsMalaysia.gov.my yang dikendalikan Kementerian Sumber Manusia mengiklankan 88,442 jawatan dalam pelbagai sektor untuk mereka yang terbabit dalam pemberhentian kerja secara tetap dan sementara.

Antara kekosongan jawatan yang ditawarkan ialah pekerja asas, pekerja perkhidmatan, pekerja kedai dan jurujual, pegawai kanan dan pengurus; operator loji, mesin dan pemasangan; profesional, pekerja perkeranian, juruteknik dan profesional bersekutu, pekerja pertukangan serta pekerja mahir pertanian dan perikanan.

JobsMalaysia (sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS) di ELX) adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan kementerian itu.

Ia memberi kemudahan kepada pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan bersesuaian dan majikan pula boleh mendapatkan calon sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.

Menerusi sistem ini, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan dengan semua kemudahan yang disediakan adalah percuma.

Minggu lalu, Berita Harian melaporkan kira-kira 30,650 pekerja tempatan dan asing diberhentikan di seluruh negara sejak Oktober 2008 hingga 14 April lalu.

Daripada jumlah itu, 23,149 pekerja diberhentikan di bawah skim pemberhentian tetap manakala 7,501 daripadanya pula secara sukarela, namun 2,900 pekerja tempatan ditempatkan semula mengikut sektor kekosongan di jabatan kerajaan dan swasta.

Sementara itu, berdasarkan jangkaan Kementerian Sumber Manusia sebanyak 7,000 pekerja dalam pelbagai sektor bakal diberhentikan hingga akhir tahun ini berikutan keadaan ekonomi dunia.

Menurut laman web itu, sehingga semalam, jumlah kekosongan jawatan tertinggi dicatatkan oleh pekerja asas iaitu 42,575 diikuti pekerja perkhidmatan, pekerja kedai dan jurujual (15,111), pegawai kanan dan pengurus (8,409), operator loji, mesin dan pemasang (7,927), profesional (4,741), pekerja perkeranian (4,665), juruteknik dan profesional bersekutu (4,284), pekerja pertukangan (725) serta pekerja mahir pertanian dan perikanan (5).

Laman web itu turut melaporkan bahawa jenis jawatan yang menerima permohonan paling tinggi ialah pegawai kanan dan pengurus, pekerja perkeranian, profesional, pekerja asas, pekerja perkhidmatan, pekerja kedai dan jurujual serta juruteknik dan profesional bersekutu.

(BERITA HARIAN)





THE CROOKED BRIDGE


By
Dr. Mahathir Mohamad on April 20, 2009 8:00 AM

1. The Star reported that Chinese businessmen in Johor Baru want the Crooked Bridge to be built.2. Newspapers of April 15 reports on an UMNO Youth leader in Johor Baru requesting that the bridge be built for various reasons.3. When the previous Prime Minister stated that the people of Johore did not want the crooked bridge or any bridge, no one said anything, much less protest.

4. Is it because no one in Johore at that time really wanted the bridge, or is it that no one dared to differ from the open-minded and liberal ex-PM or the Press did not dare to report the real opinions of the people.5. There was for a very short while complaints regarding the Custom, Immigration and Quarantine complex. No one explained that the inconvenience was due to the complex being designed to complement the proposed bridge but when the bridge was cancelled a temporary road was built to join the complex with the causeway.

This caused a misfit as the two could not be properly linked together. Hence the inconvenience. In addition the traffic problems near the causeway remained unsolved.6. Does the Government need to ask Singapore for permission to build the now desirable crooked bridge? Is Malaysia free to do things in its own territory? Are we really independent? I wonder.

(http://arifomar.blogspot.com)


Justify Full

Jumaat, 17 April 2009

SEJARAH HARI INI .. .

GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3


Bukan tidak mahu memberi ulasan, namun barang kali peristiwa sebegini mungkin pernah berlaku pada zaman Para Sahabat & Rasulnya dan kebetulan belum sampai kepada pengetahuan penulis.

Anda lihat, anda nilai, anda ada jawapannya .. .
Wallahu a'lam,
Sekadar berkongsi ceritera semasa .
Renung-renungkan ..





Khamis, 16 April 2009

PEMILIHAN CALON KPLI DIPERKETAT


Pemilihan bakal calon guru terlatih di negara ini, termasuk di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang ingin mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan diperketatkan lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Latihan Dalam Perkhidmatan, Abdul Halim Abdul Razak, berkata setiap calon perlu melalui beberapa tapisan bagi mengenal pasti pemohon layak dan sesuai untuk menjadi guru.

Beliau berkata, setiap pemohon perlu menduduki ujian kelayakan bertulis, diikuti dengan temuduga dan beberapa saringan lain.

Katanya, hanya mereka berjaya melalui tapisan itu akan diterima mengikuti latihan perguruan di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di negara ini.

"Langkah memperketatkan lagi pemilihan bakal calon guru terlatih berikutan tidak mahu kerjaya guru sebagai pilihan terakhir.

"Saringan itu juga untuk mengelakkan terlalu ramai lelaki lembut keterlaluan menjadi guru," katanya selepas menghadiri Konvokesyen Ke-59 IPGM Kampus Batu Lintang, di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, semalam.

Seramai 254 graduan KPLI dinobatkan sebagai guru terlatih pada konvokesyen itu, namun hanya 181 yang dapat hadir di majlis berkenaan.

Terdahulu beliau mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mior Shaharudin, menyampaikan Diploma Pendidikan kepada 181 graduan KPLI.

Pada majlis itu juga Abdul Halim membaca teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Alimuddin berkata, seorang guru tidak boleh bersikap lepas tangan apabila melihat atau terserempak dengan perkara yang boleh menjejaskan imej keguruan seperti masalah sosial, disiplin dan amalan songsang.

Beliau berkata, ini kerana menjadi tanggungjawab guru untuk membetulkan perkara seperti itu, apatah lagi kalau perkara berkenaan berlaku dalam persekitaran sekolah.

Katanya, pada masa yang sama, guru tidak boleh memandang ringan sebarang perubahan positif yang berlaku di sekitar mereka, terutama perkara yang dapat melonjakkan imej perguruan ke tahap disegani dan disanjungi.

"Setiap guru perlu mengikuti perkembangan dan perubahan pantas yang berlaku di sekitar mereka, berikutan pelbagai maklumat baru akan ditemui sekali gus mengubahkan keadaan. Sekiranya kita tidak mengikuti perkembangan terkini, maka kita akan ketinggalan," katanya.

(BERITA HARIAN)



Ahad, 12 April 2009

ABPBH 2008: BUDAK MAMBAU RAIH GELARAN BINTANG POPULAR

Ahmad Nabil Ahmad; beliau merupakan bekas pelajar SRK Mambau, SMK Mambau dan Sek Men Teknik Port Dickson. Anak kelahiran kampung Kayu Ara, Mambau; Seremban tersebut malam ini berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular anjuran Berita Harian, akhbar rasmi negara. Kejayaan beliau mengenepikan pesaing-pesaing tersohor yang pernah meraih gelaran tersebut seperti Mawi, Dato' Siti Nurhaliza, Rosyam Nor dan Saiful Apek dilihat sebagai suatu perkembangan yang positif memandangkan penglibatan pendatang baru tersebut dalam industri hiburan ini baru di peringkat setahun jagung. Kemenangan ini juga membuktikan kehadiran beliau untuk memeriahkan industri hiburan kita diterima masyarakat walau pun sebelum ini dikaitkan dengan beberapa masalah dan kontroversi.

Berbekalkan bakat yang dicungkil menerusi sebuah rancangan realiti di sebuah stesyen televisyen berbayar, Nabil kini aktif dalam beberapa siri drama televisyen, filem dan bidang pengacaraan. Sikapnya yang bersahaja dan penampilan yang mudah dan ringkas menjadikan beliau seorang yang senang untuk didekati. Penulis juga berkesempatan menghadiri rumah terbuka beliau pada hari raya keempat tahun 2008 lalu.

Semoga kejayaan ini bakal memberi aspirasi serta menaikkan lagi martabat industri hiburan tanah air khususnya bidang lakonan. Kepada Ahmad Nabil bin Ahmad, semoga anda terus berjaya dalam bidang penuh cabaran ini.

Sekadar berkongsi keterujaan,
Fikir-fikirkan .. .

NABIL BINTANG PALING POPULAR ABPBH 20o8


GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam ini.


Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.


Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2008 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan bertemakan "Sentuhan Tenun" yang berlangsung selama lebih dua setengah jam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun.

Sementara itu, Mawi yang sebelum ini pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada ABPBH musim lalu, mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Mawi mengekalkan kemenangan empat tahun berturut-turut dalam kategori itu dengan menewaskan saingan terdekatnya, Aizat, selain Nubhan, Amy Search dan Adam.

Siti Nurhaliza terus mengekalkan reputasinya sebagai Penyanyi Wanita Popular apabila berjaya memenangi gelaran kategori itu untuk kali ke-12 selepas mengetepikan Stacy, Mila, Elyana dan Jaclyn Victor.

Aktor Que Haidar buat pertama kalinya memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Saiful Apek dan Farid Kamil, manakala Maya Karin merampas semula gelaran Pelakon Filem Wanita Popular sesudah musim lalu gelaran itu diraih Fasha Sandha.

Rosyam mempertahankan gelaran Pelakon TV Lelaki Popular, iaitu kali kelapan dimenanginya sejak ABPBH 2001, sementara Dynas mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Kumpulan Meet Uncle Hussain dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular, manakala juara Akademi Fantasia 6, Stacy menang gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah membuat kejutan apabila kali pertama namanya dicalonkan pada ABPBH berjaya membawanya meraih hadiah Artis Komedi Wanita Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya mewakili Hot FM. Fara turut berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil turut berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali ketujuh.

ABPBH 2008 ialah edisi ke-22 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat untuk artis di negara ini dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

(Berita Harian)



NORTH KOREA CRISIS TESTS OBAMA'S RELIANCE ON U.N.


UNITED NATIONS - The Security Council stalemate over North Korea's rocket launch is turning into an early test of the Obama administration's U.N.-focused multilateralism.

Six days after U.S. President Barack Obama called for swift punishment of North Korea, the Security Council hasn't acted.

While Japan is pressing for a quick response, U.S. Ambassador to the U.N. Susan Rice has tried to downplay expectations of immediate progress.

China and Russia have resisted a draft Security Council resolution, put forth by the U.S. and Japan, that would at a minimum enforce military and financial sanctions imposed on North Korea after its underground nuclear weapons test in October 2006.

The sanctions were never fully implemented in deference to six-party talks among Russia, China, the U.S., Japan and the two Koreas to dismantle Pyongyang's nuclear-weapons program. China and Russia say reviving the talks is the ultimate goal -- which shouldn't be jeopardized by punishment for the launch.

Pyongyang says its launch was an attempt to launch a satellite and not a U.N.-banned ballistic missile test as Washington contends. Before the launch, North Korea warned it wouldn't resume the six-party talks -- on hold since December -- if the Security Council acts against the country.

Japan's foreign minister arrived in New York on Thursday, saying he will join the U.N. negotiations for as long as necessary to break the stalemate.

For Mr. Obama, who pledged renewed reliance on the U.N. during his presidential campaign, the North Korean crisis presents hard choices, analysts say.

Among the possible scenarios they suggest are walking away from the U.N. and six-party talks, and working with Congress to punish North Korea with more U.S.-only sanctions. Or, President Obama might consider forcing Russia and China to veto or abstain on a resolution -- and risk Pyongyang abandoning negotiations. The president also could compromise with a watered-down U.N. statement that could save the talks but lose face.

U.S. officials declined to comment on the administration's thinking or on details of U.N. talks with Russia and China.

Joseph Cirincione, president of the Ploughshares Fund, a liberal think tank, said Mr. Obama's foreign-policy team had "no illusions about how long this would take" with Russia and China. "They are looking for sustained collective action, not an immediate slap on the wrist," he said.

Ted Galen Carpenter, an analyst at the conservative Cato Institute, sees U.S. foreign policy reverting to "the style of the Clinton administration," which believed in operating multilaterally when possible and unilaterally when necessary. "For the Bush administration it was exactly the opposite," he added.

Bush-administration unilateralist, some analysts say, regarded the U.N. as an obstacle to American foreign policy.

Although thwarted in seeking U.N. backing for the 2003 invasion of Iraq, the Bush administration proceeded anyway. But on North Korea, Bush officials went from a rejection of the six-party talks to a decision that multilateral participation was the only way to end Pyongyang's nuclear-weapons ambition.

(Wall Street Journal)


JATI DIRI MUSLIM MAMPU ATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR, REMAJA


Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

RAMAI pelajar kini bukan saja berani melanggar peraturan dan disiplin sekolah, malah mula terbabit dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi ahli kongsi gelap.

Mengikut kajian Kementerian Pendidikan pada 1984, hampir separuh kes pelanggaran disiplin yang berlaku berpunca daripada sikap pelajar seperti sentiasa menentang, bertindak mengikut perasaan, nakal dan malas.

Teman sebaya sangat berpengaruh dalam tingkah laku pelajar, lantaran itu Islam sentiasa menitikberatkan pemilihan sahabat dalam kehidupan seharian. Di luar rumah pelajar berdepan pelbagai keadaan yang banyak mempengaruhi corak kehidupan mereka.


Justeru, anak yang berada di luar kawalan ibu bapa selalu mendapat khidmat rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha perlu diambil bagi membendung pengaruh negatif di kalangan pelajar daripada berterusan.


Banyak pihak menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai cara membendung seterusnya membanteras pengaruh negatif di kalangan pelajar juga muda mudi.

Keadaan yang kian genting itu jika dibiarkan berterusan, pasti membawa kesan besar kepada pembangunan bangsa Malaysia yang sedang bangkit menuju kemajuan.

Saling menasihati dan mengingati supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam menjadi tanggungjawab setiap Muslim. Tanggungjawab itu bergantung kepada keupayaan seseorang apabila berada dalam kelompok manusia tertentu.

Firman Allah bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan kesabaran." (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada anak terutama ketika usia remaja perlu memainkan peranan besar menentukan hala tuju serta perjalanan hidup seharian mereka. Pengawasan ketat dengan kebebasan fleksibel perlu dirangka dan dilaksanakan bagi membolehkan mereka terbabit dalam kegiatan bermanfaat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah memerintahkan kamu melakukan yang makruf dan menegah perkara mungkar. Sebelum (sampai masanya) kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya, (perintah dan tegahlah) sebelum (sampai masanya) kamu meminta pertolongan-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah berpesan dalam al-Quran supaya semua manusia bersatu padu dalam melakukan apa juga bentuk kebaikan untuk kesejahteraan bersama dan jangan sekali-kali bersatu melakukan sesuatu yang boleh membawa dosa dan kerosakan.

Firman Allah bermaksud: "Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pengajaran baik dan bijaksana dan bantahlah mereka dengan cara baik." (Surah an-Nahl, ayat 125)

Salah satunya ialah dengan pembinaan jati diri dalam warga terutama pelajar yang menjadi harapan negara pada masa depan. Sejak awal anak perlu ditanam supaya membenci segala kemungkaran dan mencintai yang makruf.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya maka hendaklah ia menuntut ilmu."

Peranan mendidik anak tidak harus dilepaskan kepada guru dan sekolah semata-mata. Dalam pendidikan akhlak umpamanya, ibu bapa berperanan besar menentukan sahsiah diri anak mereka.

Firman Allah bermaksud: "Dan sebarkanlah bersama dengan orang yang menyeru Tuhannya pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka (kerana mengharapkan) perhiasan dunia dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya Kami lalaikan daripada mengingati Kami, menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasan." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Didikan awal ini biasanya melekat dalam sanubari mereka. Apabila dewasa, mereka akan mudah menolak segala kemungkaran kerana ada benteng dalam diri yang menegah daripada terbabit dalam sebarang tindakan yang boleh merosakkan diri sendiri.

(Berita Harian)


Sabtu, 11 April 2009

NEGARA MEMERLUKAN 112 PAKAR NEUROLOGI -LIOW

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Seramai 112 pakar neurologi diperlukan bagi menampung jumlah pesakit Parkinson yang semakin meningkat setiap tahun di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata setakat ini Malaysia hanya mempunya 50 pakar neurologi dan 35 orang daripadanya berkhidmat dengan hospital swasta.

"Kekurangan tenaga pakar itu cukup membimbangkan kerana kira-kira 20,000 penduduk Malaysia mengidap Parkinson dengan 1,500 kes baru dilaporkan setiap tahun dan jumlah itu dijangka terus meningkat sehingga 30,000 pesakit menjelang 2020.

"Sekarang ini seorang pakar neurologi dinisbahkan menjaga 250,000 rakyat Malaysia dan dengan jumlah penduduk yang mencecah 28 juta orang, kekurangan doktor neurologi sememangnya diakui memberi kesan kepada usaha kementerian menangani penyakit yang tiada penawar itu," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Parkinson Sedunia di sini, Sabtu.

Liow berkata kementerian telah mengambil beberapa pendekatan bersepadu bagi mengatasi masalah itu dengan melatih lebih ramai pakar dari kalangan doktor kerajaan.

Kementerian juga telah menambah pengambilan pelatih daripada 400 kepada 600 orang bagi Program Pakar, katanya.

Ekoran daripada kekurangan doktor pakar tempatan, kerajaan terpaksa mengambil tenaga doktor pakar dari luar negara secara kontrak.

Kerajaan bercadang menambah tenaga doktor pakar luar daripada 500 kepada 700 orang bagi menampung keadaan semasa, katanya.

(BERNAMA)



THAILAND TAK PERLU LEPASKAN KEDUDUKAN PENGERUSI ASEAN

11/04/2009 6:30pm

PATTAYA 11 April — Malaysia berpendapat adalah tidak perlu bagi Thailand melepaskan kedudukannya sebagai Pengerusi Asean walaupun negara itu terpaksa membatalkan Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Thailand perlu diberi peluang untuk mengadakan semula sidang berkenaan pada tarikh lain.

“Saya tak nampak kita perlu tukar pengerusi Asean, cuma kita beri peluang kepada Kerajaan Thailand untuk memberi jaminan sekiranya sidang kemuncak ini diadakan di Thailand,” katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang selepas sidang kemuncak berkenaan terpaksa dibatalkan apabila penunjuk perasaan menyerbu tempat persidangan.

Jika diadakan semula di negara ini, kata Najib Thailand perlu memberi jaminan bahawa keadaan boleh dikawal dengan baik.

Walaupun ada cadangan lain untuk memastikan sidang seumpamanya diadakan pada masa lain, ia tidak melibatkan penukaran kedudukan Thailand sebagai pengerusi Asean.

“Kita juga ada cadangan lain, tetapi tukar pengerusi tidak perlu dan tidak wajar dilakukan,” katanya.

(BERNAMA)



GERAKAN BAJU MERAH CETUS AMARAH

Najib Selamat Walaupun Hotel Penginapannya Cuba Diserang Perusuh

PATTAYA, 11 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke 14 selamat walaupun hotel penginapannya Royal Cliff Grand Hotel dan Spa di sini cuba diserbu masuk oleh perusuh anti-kerajaan Thailand kira-kira pukul 1 tengah hari ini waktu Thailand.

Bagaimanapun, para perusuh itu telah meninggalkan tempat itu setengah jam kemudian setelah mengadakan rundingan dengan pasukan keselamatan.

Hotel itu, yang terletak berhadapan tempat mesyuarat Sidang Kemuncak Asean, Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach) juga turut menempatkan pemimpin negara Asean yang lain termasuk Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva.

Beberapa helikopter kelihatan berlegar-legar di ruang udara hotel itu.

Sebelum itu, beratus-ratus penunjuk perasaan merempuh masuk ke pekarangan Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya dalam usaha mengganggu Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan.

Berikutan kejadian itu, jurucakap kerajaan Thailand mengumumkan pembatalan Sidang Kemuncak itu dan Perdana Menteri Thailand pula mengisytiharkan perintah darurat ke atas Pattaya dan Chonburi.

Sidang Kemuncak Asean dengan enam rakan dialognya yang sepatutnya bermula pagi ini telah ditangguhkan selepas penunjuk perasaan anti-kerajaan menghalang semua laluan ke tempat mesyuarat dan bertempur dengan penyokong pro-kerajaan.

Antara sidang kemuncak yang dijadual bermula pagi ini ialah Sidang Kemuncak Asean + China yang telah ditangguhkan apabila Perdana Menteri China Wen Jiabao tidak dapat memasuki tempat mesyuarat di Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya itu.

Adalah difahamkan bahawa anggota delegasi China, yang tinggal di hotel Dusit Thani beberapa kilometer dari situ, enggan bergerak ke tempat mesyuarat walaupun pegawai kerajaan Thailand termasuk Datuk Bandar Pattaya Ittipol Kumpleum, yang menawarkan untuk membawa mereka dengan helikopter atau dengan bot di pusat peranginan tepi pantai itu.

Selain Sidang Kemuncak Asean + China, 10 anggota kumpulan Asean juga dijadual menghadiri sidang kemuncak dengan Korea Selatan, Jepun dan India, Sabtu manakala Sidang Kemuncak Asia Timur Keempat, yang juga termasuk Australia dan New Zealand, telah dijadualkan pada Ahad.

(BERNAMA)


Khamis, 9 April 2009

SENARAI BARU KABINET NAJIB

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Senarai menteri yang digugurkan daripada Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

1. Datuk Seri Syed Hamid Albar
2. Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed
3. Datuk Seri Zulhasnan Rafique
4. Datuk Seri Azalina Othman Said
5. Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib
6. Senator Datuk Amirsham A Aziz
7. Datuk Shahrir Abdul Samad (meletak jawatan)
8. Datuk Seri Ong Ka Chuan



Rabu, 8 April 2009

MSAM 20o9 TAWAR KERJA KOSONG, LATIHAN GRADUAN

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) buat pertama kali menawarkan program latihan pekerjaan kepada lebih 500 graduan menganggur dari pelbagai bidang sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009.


Program itu ditawarkan selama enam bulan, iaitu tiga bulan latihan di bawah anak syarikat PNB dan tiga bulan lagi di bawah syarikat-syarikat pelaburan.

Selain itu, pada MSAM 2009, PNB turut menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan profesional untuk menyertai tenaga kerja di bawah kumpulan PNB.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, melalui program latihan itu, graduan boleh mendapat pendedahan pekerjaan dalam bidang pelaburan di mana-mana anak syarikat PNB dan di syarikat-syarikat pelaburan.

Katanya, program itu merupakan salah satu langkah PNB mendidik masyarakat dalam bidang pelaburan.

"Kami mengkhusus kepada pembangunan modal insan pada MSAM 2009.

"Kita menjalani langkah pendidikan berterusan kepada masyarakat dan apabila graduan ini didedahkan dengan risiko, konsep perancangan dan strategi pekerjaan, mereka tidak ada lagi masalah untuk menceburi dalam bidang pelaburan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis bersama rakan MSAM 2009 di sini hari ini.

MSAM 2009 akan berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor.

Lebih 250,000 pengunjung dijangka menghadiri MSAM 2009 termasuk dari negara jiran, Singapura.

Hamad Kama Piah menambah, graduan yang terpilih untuk menyertai program berkenaan akan diberi elaun yang berpatutan oleh PNB.

Katanya, MSAM 2009 di Johor merupakan perintis kepada program latihan tersebut, namun ia tidak terhad kepada graduan menganggur dari Johor semata-mata, sebaliknya ia terbuka kepada semua orang.

"Bagi graduan dari negeri-negeri lain, mereka boleh membuat permohonan melalui PNB dan mana-mana anak syarikatnya di negeri masing-masing,'' katanya.

( UTUSAN)

Isnin, 6 April 2009

AYAT-AYAT AL QURAN: WAJARKAH AHLI POLITIK BUKAN ISLAM MEMBACA & MENTERJEMAH DENGAN PENJELASAN MENURUT HAWA NAFSU DAN PEMIKIRAN ???

Penulis semahunya ingin mengelak daripada berbicara soal politik tanah air. Namun, demi kepentingan Agama dan maruah Islam maka penulis tetap bersuara agar kekeliruan sekurang-kurangnya dapat dijernihkan semula.

Tidak kira perbezaan latar belakang politik kepartian ikutan tuan-tuan dan puan-puan di luar sana. Tinggalkan ketaksuban anda buat seketika, ketepikan fahaman dan pemikiran politik anda sejenak, muhasabah kembali kesucian dan martabat Agama yang diredhai Maha Esa.

Jawab persoalan asas ini:-

Berbekalkan fahaman ilmu Agama anda, wajarkah orang yang tidak pernah beriman (kafir) dengan kitab suci Kalam Tuhan iaitu Al Quran dibaca dengan bahasa asal (Bahasa Arab), diterjemah serta diberi penjelasan menurut akal dan hawa nafsu tanpa merujuk perkaitannya dengan mana-mana hadith sahih, sebab-sebab penuruhan ayat tersebut (asbabun nuzul) atau karya-karya masyhur yang diterima sebagai amalan ummah kita?

Penulis kesal dengan berita sedemikian. Bukan ingin memenangi mana-mana suara politik yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Penulis tampil atas dasar inginkan penjelasan. Adakah situasi ahli politik bukan Islam berkenaan yang menggunakan ayat suci Al Quran untuk memenangi hati pengundi Islam ini BENAR caranya? Adakah perbuatan ini dituntut dalam Agama kita? Pernahkah anda mendapat perkhabaran daripada siapa-siapa alim ulama' yang menyatakan orang bukan Islam boleh menggunakan ayat-ayat Al Quran sebagai hujah kepada Orang Islam sendiri untuk menegakkan keadilan? Walhal beliau sendiri tidak beriman dengan makna serta maksud ayat tersebut? Andai penulis salah membicarakannya, mohon komentar anda.

Umum mengetahui bahawa Al Quran adalah MUKJIZAT terakhir daripada Tuhan Maha Kuasa yang diturunkan melalui Rasul-Nya khusus untuk panduan ummah Islam kita. Penulis cukup terguris dengan berita hari ini yang memaparkan seorang ahli politik berbangsa Cina dan beragama bukan Islam menggunakan kalimah dan kalam Allah sebagai senjata mereka demi politik dan kepentingan peribadi.

Kita perlu sedar, setiap huruf dalam kalam Allah ini memiliki 'khadam' nya yang tersendiri. Pembaca yang salah mentajwid, mentafsir hatta melafazkan kalimah-kalimah maka mereka akan dilaknat dan berdosa.

Ayat Al Quran adalah suci dan terhindar daripada segala kecacatan. Justeru, ia merupakan pusaka ummah yang kekal dijaga keselamatan serta kesahihannya hingga ke akhir zaman. Tindakan ahli politik tersebut yang jelas menyebut kalimah-kalimah ini dianggap melebarkan lagi jurang fahaman masyarakat kita khususnya antara orang Islam dan bukan Islam.

Kita juga perlu sedar bahawa setiap ayat-ayat yang diturunkan mempunyai 'asbabun nuzul' nya yang tersendiri. (sebab-sebab turun sesuatu ayat). Maka, setiap ayat perlu untuk dikaji melalui pelbagai makalah serta karya-karya agung ulama' dan umara' tentang kesesuaian ayat-ayat berkenaan untuk dijadikan hujah ketika berbicara soal agama. Oleh sebab inilah maka orang-orang Islam sendiri pun takut untuk mentafsir mengikut hawa nafsu serta pemikiran sendiri kerana dikhuatiri akan terpesong dek kedaifan akal dan kewarasan minda.

Sesungguhnya penulis benar-benar mengharapkan komentar anda secara rasional demi Islam. Adakah wajar ahli politik berkenaan menggunakan ayat-ayat suci kalimah daripada Al Quran secara bacaan berbahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu disertai dengan penjelasan untuk kepentingan parti pimpinan mereka?

WAJAR atau TIDAK WAJAR ??

Sekadar meluahkan keresahan yang semakin mencengkam fikiran umat Islam,
Fikir-fikirkan .. .

Justify Full


HUKUMAN ROTAN DI SEKOLAH DIKUATKUASAKAN SEMULA



06/04/2009 5:32pm

KUALA LUMPUR 6 April - Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau memberitahu Dewan Negara di sini hari ini bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.

“Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu,” katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat.

(Utusan)



Ahad, 5 April 2009

LEGASI ANAK SULUNG BEKAS PERDANA MENTERI KE-2

Mungkin ada benarnya (kebetulan) turutan PM Malaysia mengikut nama RAHMAN:-

PM 1- Tunku Abdul Rahman

PM 2- Tunku Abdul Razak

PM 3- Tun Hussein Onn

PM 4- Tun Mahathir Mohamad

PM 5- Tun Abdullah Ahmad Badawi

PM 6 - Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak

.. . Alhamdulillah,

Malaysia selamat menerima Perdana Menteri baru iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Hj Abd Razak pada hari Jumaat lalu. Berkat kesucian penghulu hari tersebut diharap membawa seribu Rahmat yang akhirnya membawa Malaysia kembali martabat di mata dunia. Legasi Perdana Menteri ke-6 Malaysia yang baru sekitar 72 jam menjawat jawatan Perdana negara itu memikul tanggungjawab yang terlalu berat.

Dari aspek Ekonomi, Dato' Seri Najib senasib dengan Presiden Amerika Syarikat; Barack Hussein Obama. Mereka terpaksa menerajui negara yang ditinggalkan dalam situasi kelembapan ekonomi yang semakin meruncing. Justeru, beliau memerlukan pemikir serta pakar-pakar penyelidik dalam bidang kewangan bagi membela nasib mereka yang diberhentikan kerja, mengawal defisit negara, merancakkan struktur ekonomi serta meningkatkan kembali KDNK negara. Beliau yang juga berpengalaman sebagai bekas Menteri Kewangan telah melaksanakan tugas yang difikirkan terbaik sebelum ini. Pakej Ransangan Pertama yang disuntik sekitar November 20o8 bertujuan merancakkan ekonomi negara diluluskan sebanyak RM7 Bilion. Namun, memandangkan krisis yang berlaku di peringkat global ini adalah yang paling teruk sejak perang dunia kedua, Pakej Ransangan Kedua yang melebihi jangkauan sesetengah pihak diumumkan baru-baru ini sebanyak RM60 Bilion. Semua golongan ditunaikan hak-hak mereka. Daripada peniaga kecil, pekerja yang diberhentikan,siswazah menganggur, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD, kesemua mereka dibantu. Untuk memastikan dana sampai kepada golongan sasaran maka beliau menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi memantau pergerakan dana tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga kini semakin aktif mencari "jerung" dan "bilis" yang cetek kewarasan akal serta imannya.

Selain Ekonomi, Perdana Menteri baharu ini juga perlu mengembalikan kepercayaan rakyat dalam arena politik tanah air, terutama pengundi yang telah lari mencari alternatif baru setelah mesej yang jelas disampaikan dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Sekadar merombak barisan 'saf' kepimpinan baharu belum cukup jelas memberi bayangan bahawa pimpinan UMNO kini diyakini bakal membawa perubahan besar. Tambahan pula, dalam kalangan pimpinan tersebut masih ada orang-orang yang dilihat seperti 'duri dalam daging' yang bakal merosakkan keampuhan pimpinan ulung tersebut. Justeru, dengan kehadiran bekas Perdana Menteri yang telah sekian lama (22 tahun) mentadbir negara diharap membawa sinar perubahan yang ketara. Penulis percaya Tun Dr Mahathir bukan calang-calang pemimpin. Mungkin ada benarnya telahan mereka yang menyatakan ilmu agama beliau tidak sehebat para Sahabat atau Tuan Guru Nik Aziz. Namun, beliau cukup tangkas dalam strategi politik yang diharungi sejak dahulu. Andai benar pemikiran beliau ditahap minima dalam bidang berkaitan keagamaan maka pemikir-pemikir agama seperti ulama' dan umara' seharusnya tidak taksub dengan arena politikyang tidak berkesudahan. Mereka ini sewajarnya berganding bahu demi memajukan Agama, Bangsa dan Negara. Bukan menghamburkan kata-kata nista yang akhirnya merugikan semua pihak khususnya ummah kita dan membuka pintu perpecahan kepada musuh yang sentiasa menunggu masa.

Dalam aspek sosial pula, Perdana Menteri perlu memberi fokus terhadap isu-isu kontemporari yang dibangkitkan rakyat. Bukanlah bermaksud penulis menyarankan agar beliau memenuhi setiap kemahuan mereka. Namun, cukup sekadar mendengar masalah rakyat secara kolektif dan menyelesaikan mengikut keutamaan agar segala luahan dapat ditangani dengan profesional dan efektif. Masalah sosial yang hangat kini seperti seperti isu pendidikan iaitu PPSMI, isu Hak Asasi Manusia berkenaan tahanan ISA dan sebagainya. Penulis juga mengucapkan syabas kerana dalam ucapan sulung beliau tempoh hari, Perdana Menteri telah mengumumkan 13 tahanan ISA yang dipenjara sebelum ini untuk dibebaskan. Benar.. .tahanan ISA ini bukan itu sahaja. Namun, kita perlu sedar bahawa mereka yang masih ditahan perlukan masa untuk dibebaskan kerana kesalahan mereka bukan semudah mana untuk dimaafkan. Justeru, mereka perlukan tempoh untuk disiasat bagi mengekalkan keselamatan negara berada dalam keadaan tidak terancam. Perlu diingat bahawa ISA ditubuhkan untuk mengelakkan perkara buruk berkaitan KESELAMATAN NEGARA. Bukan sekadar jenayah biasa yang boleh diikat jamin semata-mata. Oleh itu, penulis bersetuju dengan tindakan Dato' Seri Najib agar ISA tidak dihapuskan tetapi akan dikaji semula agar kekuatannya sebagai salah satu undang-undang tegas kerajaan dilihat lebih relevan dengan situasi semasa. Amerika Syarikat; negara yang mempunyai sistem kawalan dan keselamatan paling canggih di dunia juga turut mengikut rentak Malaysia menggubal perundangan berkonsepkan ISA ala negara ini walau pun pada awalnya mereka menentang keras tindakan Malaysia. Justeru, andai kita hapuskan terus ISA ini, usah menyesal kemudian hari andai kita hidup dalam suasana peperangan, orang-orang tersayang mati di depan mata, rakyat kebuluran merata, sengketa ditambah dengan tangan 'pihak ketiga' yang menyemarakkan lagi api perbalahan sesama manusia. Andai benar ISA merupakan undang -undang rimba "zaman batu" yang menangkap pesalahnya tanpa sebarang perbicaraan maka anda adalah aset yang perlu menyuarakan hak ini menurut saluran yang betul. Demonstrasi, ceramah-ceramah jalanan, serta provokasi bukanlah acuan kita sekiranya mahu menjadi masyarakat bertamadun yang maju di dunia menjelang 2020 nanti. Isu lain yang dilakukan Perdana Menteri adalah seperti pengumuman penarikan semula akhbar Harakah dan Suara KeADILan, melakukan lawatan mengejut di Jalan Petaling serta kawasan sekitarnya. Ini menambahkan lagi kemesraan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Akhir sekali, penulis berharap agar anak sulung bekas Perdana Menteri Kedua ini bakal membawa orde baharu negara serta memartabatkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Negara yang sejak berzaman mengamalkan konsep demokrasi berperlembagaan diharap dapat menyatukan semula rakyat berbilang kaum dan membela warganya dibawah konsep "SATU SUARA , SATU MALAYSIA".

Sekadar berkongsi keterujaan,
Fikir-fikirkan .. .





Sabtu, 4 April 2009

NEW MALAYSIAN PRIME MINISTER SWORN INTO OFFICE

Malaysia's new Prime Minister Najib Razak waves from his car after swearing in ceremony at palace in Kuala Lumpur, 03 Apr 2009


Malaysia's new prime minister, Najib Razak, freed 13 people held under security laws in his first act after taking office Friday.


The 13 men had been under indefinite detention. Critics had accused the government of using the tough Internal Security Act to silence opponents. The prime minister said his government would review that law.


He also lifted a recent ban on two opposition newspapers.
Mr. Najib took the oath of office earlier Friday in front of Malaysia's king. The ceremony was broadcast live on national television.


He is expected to announce a new Cabinet lineup next week. The new prime minister faces several challenges, including healing the country's politics, social problems and shrinking economy.


The 55-year-old British educated prime minister replaces Abdullah Ahmad Badawi.
Mr. Abdullah resigned on Thursday as part of a promise to step aside after leading his party to a miserable defeat in legislative elections last year.


He put Mr. Najib's name forward last year when he agreed to step aside before his term was set to end in 2010. Mr. Abdullah was widely blamed for the ruling coalition's loss of a two-thirds' majority in parliament for the first time in 40 years.


The coalition led by the United Malays National Organization has governed Malaysia since 1957.
Malaysia's new leader is seen as a protégé of former Prime Minister Mahathir Mohamad, who has said he expects the new prime minister to govern more firmly than Mr. Abdullah.


Earlier this week, opposition leader Anwar Ibrahim warned that Malaysia could see a return of what he called Mr. Mahathir's authoritarian leadership style. Anwar pointed to signs of rising repression, such as the government's closing of two opposition newspapers for three months. One is published by the People's Justice Party and the other by the Malaysian Pan Islamic Party.

Some information for this report was provided by AFP, AP and Reuters.

(Voice of America news.com)



SATELIT KOREA UTARA DILANCAR DALAM MASA TERDEKAT

SEOUL: Korea Utara dilaporkan sudah melakukan persiapan terakhir untuk melancarkan satelit pertamanya dalam masa terdekat ini.

Media Pyongyang melaporkan, persiapan untuk melancarkan satelit Kwangmyongsong-2 - satelit eksperimen komunikasi akan dilancarkan oleh roket Unha-2 kini sudah siap sepenuhnya.

Satelit itu akan dilancarkan di kawasan pesisir pantai di DPRK, lapor Agensi Berita Korean Central hari ini.

(Mutakhir, Berita Harian)


AS UCAP TAHNIAH KEPADA NAJIB

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Razak, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

"Kami akan memberikan kerjasama kepada Perdana Menteri Najib dan kerajaannya dalam memperkukuhkan lagi hubungan AS-Malaysia," kata pegawai Jabatan Negara AS kepada Bernama malam tadi.

Awal semalam, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam.

(Bernama)


ANTI-NATO RIOTERS CLASH WITH FRENCH POLICE

STRASBOURG, France -- French police detained at least 300 demonstrators after violent clashes ahead of a two-day North Atlantic Tready Organization summit to mark the alliance's 65th anniversary.

A total of 107 people were still being held Friday morning, after riot police used tear gas and rubber bullets late Thursday night to force hundreds of demonstrators off the streets of Strasbourg back into a tent camp on the edge of the city. They can be held up to 48 hours before being formally charged.

Demonstrators destroyed telephone booths and attempted to build barricades before they were stopped, said a police spokesman, speaking on condition of anonymity according to French practice.

Strasbourg was calm Friday morning, but the streets were virtually deserted as unauthorized traffic is forbidden in many parts of the city. Schools and the university were closed. Most businesses and restaurants shut for the duration of the summit.

Tens of thousands of demonstrators have descended on Strasbourg and two southwestern German towns to protest the cross-border NATO summit.

Twenty-eight world leaders will attend the two-day summit, including U.S. President Barack Obama, French President Nicolas Sarkozy and German Chancellor Angela Merkel.

In a bid to prevent violence, France has temporarily reinstated border controls with its immediate neighbors for the meeting.

German authorities estimate that up to 25,000 protesters will take part in several demonstrations in the German cities of Baden-Baden and Kehl, while France's interior minister has suggested 30,000 to 40,000 ultimately could show up in Strasbourg, where a camp has been set up to house demonstrators.

German and French police have said they are expecting 2,000 to 3,000 members of the violence-prone "black block" so-called for the black clothes and hoods they wear.

Some 15,000 German police -- including 31 riot squads -- and 9,000 French police will be on hand for the summit.

Protest organizers have called for peaceful demonstrations to highlight their complaints, including antiwar, antiglobalization, anticapitalist and disarmament platforms. The main demonstration begins Friday at noon in Kehl. The activists plan to march across the Rhine river into Strasbourg. Another protest is planned for Saturday.

Copyright © 2009 Associated Press

(Source: The Wall Street JOurnal)