
Lebih 3,000 penuntut baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) sesi akademik baru tahun ini termasuk pelajar senior yang mengendalikan Minggu Mesra Siswa 2009 bertuah kerana dapat bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan aktiviti senam seni.
Najib dan Rosmah bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah, yang tiba di Stadium UiTM pada pukul 5.30 petang, terus menyertai para penuntut melakukan senam seni iaitu senaman berbentuk tarian yang diiringi dengan irama tradisional.
Para pelajar mengambil kesempatan untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri dan isteri yang tidak disangka-sangka menyertai mereka dalam acara senam seni, satu acara Minggu Mesra Siswa pada kali ini.
Seorang pelajar jurusan muzik, Maznor Zairi, 18, ketika ditanya mengenai kehadiran Perdana Menteri, berkata beliau berasa bangga pemimpin nombor satu negara itu dapat bersama-sama melakukan senam seni dengan para penuntut baru.
"Tak sangka Perdana Menteri datang gembira, dapat salam dengan dia," katanya.
Selepas menghabiskan masa kira-kira 30 minit melakukan senam seni dan beramah mesra dengan para penuntut, Najib dan isteri serta rombongan termasuk pelajar berjalan kaki ke Kolej Perindu, sebuah asrama lelaki yang terletak tidak jauh daripada stadium universiti itu.
Najib melawat hingga ke dalam bilik penginapan pelajar bagi meninjau kemudahan yang disediakan bahkan memasuki dan memeriksa keadaan tandas di asrama itu.
Dalam aktiviti turun padang yang dilakukan sejak menjadi Perdana Menteri April lepas, Najib sempat meluangkan masa selama 30 minit minum dan berbual bersama lebih 30 penuntut di kafetaria Kolej Perindu bagi mengetahui masalah mereka, harapan sebagai generasi baru dan pandangan mereka terhadap kerajaan masa kini. Sebelum menamatkan lawatannya, Najib menandatangani Buku Pelawat Kolej itu.
(BERNAMA)
Selasa, 30 Jun 2009
PETANG BERMAKNA BAGI PENUNTUT BARU UiTM
Isnin, 29 Jun 2009
H1N1: SM CHUNG HWA SEREMBAN DITUTUP
KUALA LUMPUR 29 Jun - Sekolah Menengah Persendirian Chung Hwa, Seremban ditutup sehingga 6 Julai ini selepas seorang pelajarnya disahkan positif selesema babi (H1N1) semalam.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihak pengurusan sekolah swasta tersebut telah mengambil inisiatif menutup seluruh sekolah berkenaan selepas pelajar itu dan kelasnya dikuarantin bagi mengelak jangkitan influenza A.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung perkara tersebut dan beliau sangat mengalu-alukan inisiatif sedemikian," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ka Siong berkata, satu kelas melibatkan 45 pelajar di Sekolah Menengah Tsun Jin di sini juga telah dikuarantin semalam berikutan penularan wabak H1N1 di sekolah terbabit.
(Utusan)
Ahad, 28 Jun 2009
PELAJAR SERANG RUMAH GURU
KUALA TERENGGANU 26 Jun - Mereka datang dengan penuh rasa dendam dan marah.Setibanya di rumah guru itu, kumpulan tersebut mula membuat bising. Mereka semakin ganas dengan menjerit dan mencabar guru terbabit supaya keluar dari rumah.
Guru tersebut tidak berani untuk keluar melihat tindakan kurang ajar kumpulan itu yang masing-masing baru berusia 15 tahun.
Dia hanya mengintai dari tingkap rumahnya - melihat tiga daripada mereka terbabit memanjat pagar rumahnya. Bagaikan dirasuk hantu, kumpulan itu mula menggegarkan pintu jeriji rumah guru berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, dua buah kereta milik guru tersebut, Proton Waja dan Proton Satria turut dirosakkan.
Tindakan ganas ini bukanlah aksi filem atau perlakuan ah long - sebaliknya kumpulan pelajar sekolah yang tidak berpuas hati selepas salah seorang rakan mereka dirotan.
Salah seorang rakan mereka sebelum itu dirotan oleh guru disiplin terbabit, atas kesalahan ingkar arahan guru.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang, guru berusia 38 tahun itu berada di rumahnya di Kampung Paya Resak, Bukit Payong bersama isteri dan seorang anaknya.
Menurut beliau, ketika itulah pelajar tersebut datang secara berkumpulan dan menyerang rumahnya.
"Mereka mencabar guru tersebut, namun mangsa tidak memberikan sebarang reaksi menyebabkan pelajar itu naik berang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah, guru itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong kira-kira pukul 7.40 petang selepas kesemua pelajar itu beredar.
Bertindak atas laporan, katanya, polis menahan dua pelajar tingkatan tiga yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu pada hari sama untuk membantu siasatan.
Katanya, siasatan awal mendapati, pelajar tersebut mengaku mereka bertindak demikian kerana tidak berpuas hati setelah rakan mereka dirotan.
Kes itu, kata Mohd. Fauzi, disiasat di bawah Seksyen 147, 427 dan 506 Kanun Keseksaan. Pihak polis kini sedang mengesan saki baki pelajar yang terlibat dalam kejadian itu.
(Utusan)
USUL DEBAT ALAM SEKITAR KALI KE-19

Usul Debat Alam Sekitar Edisi ke-19
Pusingan 1
Penerokaan hutan membawa faedah.
Pusingan 2
Penggunaan pembungkus plastik perlu diharamkan.
“Earth hour” perlu diteruskan.
Pusingan 4
Kereta Hibrid hanya menguntungkan pengeluarnya.
Pusingan 5
Dunia memerlukan teknologi biofuel.
Perdagangan karbon menjual alam sekitar.
Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar lebih efektif daripada insentif ekonomi.
Pencinta alam sekitar cuma bertepuk sebelah tangan.
Akhir
Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam adalah jawapannya.
Sabtu, 27 Jun 2009
OBAMA HUBUNGI NAJIB

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, diserah kepada Malaysia serta menjalani hukuman di negara ini.
Isu tahanan Guantanamo serta beberapa isu lain seperti ekonomi, Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Iran dan Korea Utara adalah antara perkara yang disentuh dalam perbualan telefon antara Obama ketika menghubungi Najib malam ini.
Panggilan selama 20 minit itu bermula 9.10 malam, merupakan perbualan melalui telefon pertama antara Obama dengan Najib, sejak kedua-dua pemimpin itu memegang tampuk pemerintahan negara masing-masing.
Bercakap kepada Bernama selepas menerima panggilan itu, Najib berkata, beliau telah menawarkan hasrat Malaysia untuk menerima kedua-dua tahanan itu bagi menjalani hukuman di negara ini.
Katanya, Obama telah menyatakan akan merujuk permintaan Malaysia itu kepada pihak keselamatan Amerika yang berkaitan.
“Saya telah nyatakan (bahawa) kita akan tahan (jalani hukuman di Malaysia) tapi (akan) melayan mengikut norma-norma antarabangsa dan (secara) perikemanusiaan.
Dia (Obama kata) dia akan timbang. Dia alu-alukan (permintaan saya) dan (akan) rujuk perkara ini pada pihak keselamatan (di Amerika Syarikat),” kata Najib.
Kedua-dua mereka,Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie), ditahan di Teluk Guantanamo atas dakwaan terbabit dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda sejak 2003, dan adalah antara 250 tahanan di penjara Amerika itu.
Banyak pihak telah mendesak pentadbiran Obama agar menutup terus kem tahanan itu berikutan pelanggaran hak asasi kemanusiaan serta layanan buruk termasuk penyeksaan yang telah mendapat kecaman keras pelbagai pihak.
Dalam perbualan telefon itu, Najib berkata, Obama dan beliau turut bertukar pendapat berkenaan situasi ekonomi semasa dunia di mana Obama telah bertanyakan mengenai keadaan ekonomi Malaysia yang mengalami kelembapan pada suku pertama tahun ini.
Najib berkata, beliau telah menerangkan kepada pemimpin Amerika itu bahawa ekonomi Malaysia turut menghadapi masalah akibat krisis ekonomi dunia sekarang.
Namun kata Perdana Menteri, beliau turut menyatakan bahawa ada kemungkinan ekonomi Malaysia akan menyaksikan tanda-tanda pemulihan lebih positif pada suku keempat tahun ini.
Najib berkata, isu Perjanjian FTA antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga turut dibincangkan dengan pemimpin Amerika itu.
Menurut Najib, beliau telah menyatakan bahawa perbincangan mengenainya perlu diteruskan dan sekarang bukan masanya untuk dimuktamadkan.
“Saya kata mungkin bukan sekarang (masanya untuk dimuktamadkan), perbincangan masih boleh diteruskan,” katanya.
Najib berkata, Obama turut memuji kerajaan Malaysia kerana kejayaannya menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang moden, progresif dan maju.
Katanya, Malaysia turut dipuji kerana pada masa yang sama sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.
Najib berkata, Obama turut menzahirkan hasrat untuk melawat Malaysia pada satu masa yang sesuai dan juga melahirkan harapan untuk berjumpa beliau di Washington mahupun di sini.
Pada perbualan itu, Najib berkata, Obama turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
“Beliau (Obama) berharap dapat bekerjasama dengan baik dengan saya dan dapat meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Amerika. Saya juga telah membalas balik dan menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat,” kata Najib.
Obama telah menyatakan beliau yakin dengan latar belakang saya untuk menjalankan tugas Perdana Menteri dengan baik, kata Najib.
( BERNAMA)
SEMAKAN KEPUTUSAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM) JULAI 2009
Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Julai 2009 akan dibuka pada 1 Julai 2009 (Rabu) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my)
Semakan awal juga boleh dibuat melalui SMS mulai 26 Jun 2009 (Jumaat).
Untuk semakan SMS sila taip:
MOEKPLSPMNOKP dan hantar ke 15888.contoh: MOE KPLSPM 9000219015940 dan hantar ke 15888.
Untuk semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan sila taip;
MOEKURKPLSPMKODKURSUS dan hantar ke 15888.contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888.
PROGRAMMES TO BENEFIT JOBSEEKERS
JOBSEEKERS, take note. The upcoming Trade & Career Fair 2009 is a timely opportunity for you given the recent easing of the economic situation and with more companies now looking to fill vacancies.
The fair, to be held at the Oval Concourse, 1 Utama Shopping Centre (New Wing) on July 6 and 7, promises numerous programmes that will undoubtedly benefit jobseekers, in particular school-leavers and undergraduates seeking employment.
The fair is organised by YourPartTime.com, KBU International College and Star-Jobs Online in partnership with the MCA ICT Resource Centre (MIRC), Junior Chamber International Malaysia (JCIM), Malaysia Entrepreneurs and Youth Entrepreneurs Malaysia. MYC! is the official youth magazine.
Confirmed participants include SnT Global Sdn Bhd, Great Eastern, One Casting Academy, Habib Jewels Sdn Bhd and Valdo Brandt International.
The exhibitors represent several different industries, giving jobseekers a range of choices.
There will also be resume assessment by Star-Jobs personnel who will be stationed at the nearby multimedia centre, Studio V, and at the Oval itself over three separate sessions.
“Jobseekers who need a tip or two on how to present their resume in a more impressive manner must not miss these sessions,” said Joyce Lee, senior executive, online (Star-Jobs).
Besides Lee, others conducting the session will be AP Search Management Recruitment Sdn Bhd director KH Teoh, Right Focus Consultants senior consultant Venu Menon and Raviji Consulting managing consultant Ravichandran Moorthy.
Check out www.star-jobs.com/help for the resume assessment schedule.
A CEO Live@Studio V programme will also be held concurrently with the fair. CEOs of various companies will talk about the outlook for their respective industries as well as the challenges they face.
Participants of the programme include Datuk Badlisham Ghazali (Multimedia Development Corporation), Husni Salleh (MAVCAP), Andrew Wong (MIRC Incubator Sdn Bhd), See Hoon Peow (KBU International College), Roshan Thiran (Leaderonomics), Munirah Looi (Brandt International), David Wong (SNT Global), Omar Merican (Bursa Saham Malaysia), Wayne Lim (SME Malaysia) and Hanson Toh (Google, Inc).
For those who want to serve the community, we have invited participants from the social and welfare sector like Datuk Paduka Marina Mahathir (Malaysian AIDS Council), Dr Hartini Zainudin (Yayasan Salam) and Iqbal Rahim (National Children’s Welfare Foundation).
“The programme will give the public a chance to learn about careers as well as startup opportunities from speakers with a wealth of knowledge,” said David Lee, director of YourPartTime.com.
The programme is jointly organised with Star-Jobs h.e.l.p. and will be featured on TheStarOnline.tv’s Career Channel.
There will be opportunities for live audience participation. The public are invited to send in their questions to the CEOs at ceo@yourparttime.com. If your questions are selected you will be invited for a face-to-face interaction with the CEOs during the event.
The Trade & Career Fair 2009 is still open to exhibitors albeit with limited spaces available. Those who are interested in taking part may visit www.YourPartTime.com/tcf, or contact Michael Tan at michael@YourPartTime.com or 016-338 4548.
P
Khamis, 25 Jun 2009
GURU PENDIDIKAN ISLAM BERLEBIHAN DI KELANTAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat daripada Bapa Mithali, Kota Bharu, Kelantan di ruangan Forum Utusan 8 Jun lalu.
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia amat mengambil berat masalah yang dihadapi oleh guru yang memohon pertukaran. Namun guru perlu memahami bahawa BPI terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan. Dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pertukaran, beberapa kriteria akan diambil kira, antaranya:
- Keperluan Perkhidmatan.
- Kekosongan Perjawatan di negeri yang dipohon.
Untuk makluman, pertukaran ke Kelantan telah dibekukan pada mesyuarat pertengahan tahun 2009 kerana negeri berkenaan mengalami lebihan guru Pendidikan Islam yang ramai. Dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menentukan mana-mana negeri yang mengalami lebihan guru, boleh dikenakan surcharge. Dasar ini perlu dilaksanakan bagi memastikan taburan guru yang seimbang dan menyeluruh di seluruh negara. Sebagai penjawat awam, khususnya guru, keutamaan adalah memberi pendidikan walau di mana jua ditempatkan selaras dengan saranan Perdana Menteri 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan''.
BPI juga ingin memberi penjelasan tentang kes yang ditimbulkan oleh pengadu mengenai anak beliau yang telah disahkan mengidap penyakit Genetik Matabolik oleh doktor pakar Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Justeru, BPI merasakan beliau wajar berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan terbaik. Sekiranya berjaya masuk ke Kelantan, besar kemungkinan penempatan akan berlaku di pedalaman. Hal ini tentunya merumitkan anak penulis untuk mendapatkan rawatan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran Malaysia
SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN (KPKK)
25/06/2009
SEKTOR KOMUNIKASI
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN (KPKK) MALAYSIA
PERTUKARAN PUSAT TEMUDUGA PENOLONG PENGUASA KASTAM W27
KOMPLEKS KASTAM
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
Calon-calon temu duga Penolong Penguasa Kastam Gred W27 di Kuala Terengganu pada 07/07/2009 dan 08/07/2009 yang telah dijadualkan menghadiri temu duga di Bilik Mesyuarat (Kebidanan), Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu diminta hadir ke pusat temu duga baru di:
WISMA KASTAM
JALAN BALIK BUKIT
20300 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Syarat-syarat lain yang dinyatakan di dalam surat panggilan temu duga adalah tidak berubah.
Pihak SPA memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Sekian, harap maklum.
Selasa, 23 Jun 2009
PENANGGUHAN PENGAMBILAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) MULAI 2010
Sehubungan dengan itu, tiada pengambilan DPLI untuk ambilan Jan 2010 dan seterusnya sehingga diberitahu kelak. Harap maklum.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
http://www.mohe.gov.my
11000 PEMBANTU GURU DIPERLUKAN
Kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan bagi meringankan beban guru yang terpaksa menjalankan 'kerja sosial' di luar tugasan seperti mengemas kini rekod, logistik, kegiatan kokurikulum dan ada antaranya menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan sekolah.
Ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata jika cadangan itu dilaksanakan, pekerja am ini mengurangkan beban guru serta sebagai persiapan awal menjayakan rancangan program penilaian prestasi sekolah yang dijangka pada 2010 atau 2011.
Katanya, kini sudah ada pembantu guru tetapi cuma disediakan untuk kelas pendidikan khas di sekolah tertentu, sedangkan pembantu itu patut disediakan pada semua 10,000 sekolah di seluruh negara.
"Jika ini dilaksanakan, setiap sekolah akan menerima pembantu guru mengikut jumlah murid.
"Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja.
"Tugas mengajar yang lebih penting, tiada guru yang mahu muridnya gagal, tetapi jika terlalu banyak beban, mereka akan kepenatan dan hilang fokus.
"Bagaimana nak mengajar, sudah tentu kualitinya merosot," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng dan pemimpin kanan NUTP. Sebelum itu, beliau menghadiri Seminar Pendidikan NUTP yang membincangkan mengenai Penilaian berasaskan sekolah dan Transformasi Pendidikan.
Pembantu guru paling ideal atau minimum diperlukan ialah nisbah 500 (murid): 1 (pembantu) dan berdasarkan jumlah murid serta pelajar mencecah 5.5 juta orang, pembantu guru diperlukan ialah 11,000.
Hashim berkata, pembantu guru tidak mencampuri tugas mengajar, cuma membantu guru dari aspek lain termasuk kegiatan kokurikulum seperti urusan mengendalikan latihan, pertandingan sukan atau aktiviti persatuan.
"Jika tugas itu dijalankan pembantu, tidak timbul masalah kelas ditunda atau digantikan guru lain yang semestinya tidak mengajar di kelas ganti kerana berlainan subjek," katanya.
NUTP juga meminta kerajaan menangguhkan sementara cadangan mewajibkan pelajar lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat mendapatkan sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menyifatkan guru tidak mencukupi dan belum tiba masanya untuk dilaksanakan.
"Kena kaji masalah guru di luar bandar. Kita perlukan guru pengkhususan Bahasa Inggeris, bukan setakat tangkap muat. Ini tidak menjamin kualiti, bagaimana ajar murid sedangkan guru pun tak cukup bagus, " katanya.
(BERITA HARIAN)
NEGARA KURANG GURU?
Bagi memenuhi keperluan yang semakin mendesak, kerajaan akan menambah jumlah pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari semasa ke semasa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan menambah pengambilan guru itu diambil berikutan keperluan guru semakin mendesak terutama di kawasan bandar yang mengalami kadar pertumbuhan pesat penduduk.
Namun, persoalannya, adakah benar kita masih mengalami kekurangan guru walaupun setiap tahun, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG) melakukan pengambilan baru. Apatah lagi, kerjaya sebagai pendidik memang popular di negara ini.
Justeru, ke mana hilangnya bakal guru yang ditawarkan mengikuti program pendidikan IPTA dan IPG itu? Adakah mereka berkemungkinan 'kecundang' sebelum layak untuk menjadi pendidik?
Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa, berkata sememangnya negara masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan.
Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.
"Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini.
"Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya.
Jika dilihat bilangan pelajar yang diperlukan untuk mengisi jawatan guru sekolah menengah empat tahun lagi, ia sangat mencukupi dan masalah kekurangan guru seharusnya tidak berlaku.
Namun, menurut Zakariah, masalah kekurangan guru tetap dihadapi disebabkan tidak punya calon yang sesuai dan benar-benar boleh menjadi guru yang diinginkan.
"Ketiadaan calon ini bukan disebabkan ketiadaan pelajar yang menghantar permohonan, namun ia disebabkan kegagalan mereka melepasi tahap saringan ditetapkan.
"Contohnya, mereka yang ditawarkan untuk mengikuti program perguruan di UPSI perlu lulus Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia (MEdSI) sebelum sesi temu duga khas.
"Kegagalan mereka di ujian MEdSI itu secara tidak langsung mengurangkan jumlah pengambilan dan calon yang diunjurkan kementerian bagi mengisi kekosongan jawatan guru empat tahun akan datang tidak menepati apa yang diinginkan," katanya.
Kegagalan calon melepasi saringan itu secara tidak langsung mengurangkan jumlah pengambilan pelajar diperlukan.
"Selain itu, selepas menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah, mereka secara automatik di bawah seliaan kementerian dan sekali lagi perlu lulus Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) sebelum dihantar ke mana-mana sekolah.
"Andai ujian itu gagal, mereka tidak akan bergelar pendidik dan ia menjadikan jumlah guru yang dikehendaki tidak tercapai serta menyebabkan masalah guru berkurangan," katanya.
Faktor kekurangan guru disebabkan graduan memilih subjek yang akan dikendalikan mereka tidak benar sama sekali.
Ini kerana, sepanjang mengikuti pembelajaran, mereka diberi dua subjek mengikut kelayakan dan kementerian tidak akan mengarahkan mereka mengajar subjek yang bukan dalam bidang kepakaran mereka.
Zakariah berkata, negara mengalami masalah kekurangan guru juga disebabkan sikap pemohon yang sambil lewa dalam pemilihan kursus.
"Masalah yang sering kita hadapi bagi pelajar lepasan IPTA yang mahu mengambil Diploma Perguruan di UPSI ini adalah kesilapan memilih kursus.
"Sebagai contoh, di IPTA, pengkhususan yang diambilnya adalah Sains Pertanian dan apabila memohon, dia mahu mengambil subjek Sejarah. Apabila masalah ini berlaku, kita tidak akan memproses permohonannya," katanya.
Menurutnya, masalah kekurangan guru itu juga berpunca daripada ketidaksesuaian calon untuk mengajar sesuatu mata pelajaran. Kuota pengambilan guru untuk subjek agama misalnya, cukup sukar dipenuhi disebabkan calon tidak memenuhi kriteria kelayakan.
"Bagi mengelakkan masalah kekurangan guru daripada berterusan, pemohon perlu memilih subjek yang diingini berdasarkan kelayakan masing-masing di samping minat terhadap subjek pengajaran bagi mengelakkan mereka sendiri berasa tertekan apabila bergelar guru kelak," katanya.
Menariknya, menurut Zakariah, masalah guru yang berhenti selepas dihantar ke kawasan pedalaman bukanlah sesuatu yang ketara. Ini kerana, guru berkenaan sudah diberi pendedahan awal mengenai bidang pengajaran di pedalaman menerusi latihan persediaan.
Di UPSI misalnya, calon guru diberi pendedahan dengan dihantar ke kawasan pedalaman terlebih dulu bagi membiasakan mereka dengan kawasan terbabit sebelum mula mengajar. Justeru, masalah keengganan mengajar di kawasan pedalaman bukanlah sesuatu yang membebankan calon guru berkenaan sehingga rela melepaskan jawatan.
(HARIAN METRO)
Sabtu, 20 Jun 2009
MEMAKSIMUMKAN KESAN PAKEJ RANSANGAN
Oleh SOBRI SUDIN
Felo Unit Ekonomi dan Politik, Yayasan Sumber Maklumat
Pakej rangsangan ekonomi pertama bernilai RM7 bilion, dan yang kedua bernilai RM60 bilion dilihat telah dilaksanakan sebaik mungkin. Impak projek bernilai tinggi yang ada kesan langsung ke atas rakyat seperti Program Penyenggaraan Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas dilihat diberi keutamaan dengan pelaksanaannya dipantau teliti oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Usaha dan langkah praktikal ini cukup bermanfaat khususnya kepada segmen komuniti di kawasan luar bandar.
Tampak jelas, berasakan pengalaman negara menghadapi situasi kegawatan ekonomi yang berlaku dalam banyak fasa, misalnya era awal 1980-an, krisis kewangan 1997 dan kini kelembapan ekonomi global, pengurusan negara mampu bertindak secara cepat, pantas, fleksibel dengan penekanan kepada langkah dasar fiskal dan bukan fiskal.
Pimpinan negara tidaklah hanya pandai berceramah, memeras audien yang mendengar ceramah dengan mengutip dana wang jihad kononnya, diikuti menggunakan serta manipulasi ayat-ayat bertopengkan agama untuk memujuk rakyat.
Akan tetapi berusaha, berikhtiar, akhirnya berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT sesuai dengan prinsip ajaran Islam, yang menggalakkan umatnya berusaha, menggunakan potensi akal, bukannya menyalahkan orang lain bagi sebarang kelemahan atau menjaja seribu satu macam alasan.
Walhal sebenarnya tidak berupaya mentadbir atau mengurus ekonomi rakyat seperti mana yang diterjemahkan oleh kerajaan pakatan pembangkang di beberapa buah negeri.
Dalam konteks pengurusan krisis ekonomi negara, juga didapati trend memperlihatkan sektor awam akan sentiasa diberi peranan besar, selain kerajaan sedaya upaya menambah peruntukan perbelanjaan sedia ada untuk mewujudkan kesan ekonomi gandaan.
Ini sering kali merujuk kepada konsep, lebih banyak kerajaan berbelanja, lebih banyak kitaran wang dalam pasaran akan bertukar tangan. Namun begitu, akibat adanya segelintir pegawai atau agensi pelaksana yang kurang berkesan dan kurang menghayati konsep amanah maka berlakulah ketirisan, kebocoran, sehingga peruntukan berkenaan tidak sampai secara terus kepada rakyat sebagai pengguna dan penerima.
Lantas itulah, pendekatan stereotaip misalnya memperbanyakkan projek kemudahan awam dengan tujuan memberi agihan kerja kepada kontraktor kelas F sebagai sebahagian daripada strategi menghadapi krisis ekonomi dirasakan perlu diubah kepada hala cara yang lebih betul dan tepat.
Ini berkait rapat dengan tiga keadaan utama. Pertama kesan kemelesetan ekonomi kali ini melibatkan kehilangan sumber pendapatan apabila ramai pekerja khususnya di sektor industri dibuang. Kesan penguncupan permintaan barangan eksport dari pasaran utama negara.
Kedua, kesan kemelesetan ekonomi kali ini selain pengaruh faktor luaran, turut dipengaruhi oleh faktor dalaman. Misalnya pengurangan perbelanjaan pengguna, akibat kenaikan kos harga barangan dan perkhidmatan, selain pengguna lebih berhati-hati dalam perbelanjaan harian mereka menyebabkan perniagaan kecil dan sederhana menerima tempiasnya.
Ketiga, kaitan dua angkubah tersebut turut menyebabkan timbulnya dua kesan gandaan lain yakni peningkatan kadar jenayah kecil, jenayah juvana dan kebejatan sosial yang pastinya akan menjejaskan usaha pembangunan aset sumber modal insan negara sebagai penerus ketamadunan negara di masa hadapan.
Apa yang paling dibimbangi, kesemua pengaruh faktor dan kesan ini akan menimbulkan satu persepsi bahawa "kerajaan yang memerintahlah bersalah dan harus bertanggungjawab di atas kesemua keadaan ini, selain jarum beracun mainan pembangkang akan terus dikumandangkan untuk meningkatkan tahap kebencian rakyat kepada pemerintah."
Walhal banyak keadaan yang berlaku adalah di luar kawalan kerajaan sendiri. Selain kerajaan sendiri tidaklah mempunyai lampu ajaib Aladdin yang boleh digosok sepanjang masa untuk memuaskan hati semua kehendak rakyat.
Justeru, bagi merungkai dilema dan persoalan ini diketengahkan beberapa pelan taktikal yang mujarab lagi boleh dilaksanakan secara cepat.
Pertamanya melencongkan apa jua usaha atau strategi pakej rangsangan ekonomi negara agar diubah pendekatannya. Ini boleh dijayakan misalnya melalui orientasi perbelanjaan dan bajet yang menekankan kepentingan bantuan disalurkan sampai terus ke tangan penerimanya tanpa melalui pihak kedua, ketiga ataupun dalam bentuk projek kemudahan asas.
Rakyat sebenarnya yang terbeban dengan kesan kemelesetan ekonomi kali ini lebih mengharapkan pemberian 'nilai wang tunai', diskaun harga, kupon tunai, subsidi dan elaun khas kecemasan.
Sektor swasta juga harus turut terlibat secara lebih aktif dalam strategi dan orientasi perbelanjaan dan bajet pengurusan keuntungan mereka.
Ini boleh dimulakan dengan diberi keutamaan kepada para pekerja mereka sendiri yang selama ini telah bekerja keras memajukan organisasi. Bukannya ibarat 'habis madu sepah dibuang'.
Pelbagai insentif seperti skim, baucar, kupon diskaun, tunai dan subsidi dapat dialirkan semula kepada pekerja mereka juga timbulnya sifat ihsan dan amanah tulen dalam menghargai jasa pekerja mereka selama ini.
Sektor swasta dan industri sudah sekian lama diberikan pelbagai insentif, galakan dalam pelbagai bentuk, geran pinjaman, modal teroka, insentif cukai dan bukan cukai oleh pihak kerajaan. Namun timbul persoalan bagaimana kesemua insentif dan galakkan berkenaan turut sama dapat dikongsi oleh para pekerja yang menyumbang tenaga kepada kejayaan organisasi mereka selama ini?
Apakah dikongsi atau hanya dinikmati secara kendiri oleh pengusaha industri? Impaknya kerajaan yang bersusah payah menyediakan pelbagai galakan dan skim subsidi kepada industri akhirnya disalahkan apabila industri berkenaan gagal menyediakan kos barangan dan perkhidmatan keluaran mereka pada kadar harga yang murah. Sebaliknya mahal atas alasan untuk menampung kos. Apakah mereka bercakap benar selama ini dengan menjadikan kerajaan yang banyak memberi subsidi kepada mereka sebagai kambing hitam?
Kerajaan dengan kebijaksanaan pengurusan ekonominya yang telah terbukti dari pengalaman lalu boleh juga mengatasi kelembapan ekonomi semasa dengan meminimumkan apa jua caj atau kos perkhidmatan sama ada yang disediakan secara langsung olehnya atau melalui regulasi semula ke atas perkhidmatan yang disediakan melalui konsep penswastaan.
Ini meliputi perkhidmatan pengangkutan, rangkaian sistem perhubungan, telekomunikasi, utiliti, pembentungan dan lain-lain.
Ini adalah kerana ekonomi yang dinamik khususnya dalam sosiobudaya rakyat Malaysia adalah persekitaran ekonomi kondusif yang mampu memperlihatkan kesannya secara segera, diterjemah dalam bentuk tindakan bukan sekadar pengumuman angka, dilihat dengan nyata aspek pelaksanaannya oleh rakyat, diagih dan tempias kemakmuran dan kesan gandaannya dinikmati secara merata bukan secara terpilih semata-mata.
Dalam konteks mengisi aspirasi rakyat yang mahu melihat kesan segera, agar bebanan, kos sara hidup, caj perkhidmatan dan pendapatan nilai wang benar mereka dapat dinikmati semaksimum mungkin maka dicadangkan beberapa langkah berikut:
a) Mewujudkan kembali dengan kadar segera waran pendahuluan bagi pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA, IPTS dan semua pusat pengajian tinggi dalam negara yang bakal bermula awal Julai nanti. Waran yang boleh ditunaikan di pejabat pos ini atau dikreditkan terus ke akaun mereka, melalui carian alamat dan nombor akaun mereka.
Langkah ini mampu mengurangkan tanggungan dan bebanan ibu bapa dan pelajar berkenaan bagi urusan persediaan kemasukan dan pendaftaran. Janganlah kerana kemiskinan, kurang kemampuan kewangan membantutkan hasrat rakyat untuk mendapatkan ilmu di menara gading.
Janganlah lagi kedengaran rungutan daripada Menteri bahawa biaya untuk kos pendidikan dan bantuan pinjaman pendidikan kian tinggi, kerana ini adalah pelaburan jangka masa panjang jika kita berhasrat mahu mempunyai aset modal insan yang berpendidikan dan berpengetahuan demi kemajuan ketamadunan.
b) Memberi kupon diskaun kepada isi rumah atau keluarga di kawasan bandar, bandar raya dan pinggir bandar yang pendapatan suami isteri RM3,000 ke bawah dan mempunyai tiga orang anak atau lebih. Kupon diskaun ini membolehkan isi rumah berkenaan membeli barangan keperluan asas seperti gula, beras, tepung, roti, minyak masak, dan bayaran perkhidmatan pada kadar harga asas.
Kupon diskaun ini juga membolehkan isi rumah berkenaan mendapatkan kos minimum bagi rawatan di hospital swasta, bagi tujuan menggunakan kemudahan pengangkutan awam dan perkhidmatan lainnya. Natijah positif daripada usaha ini, pendapatan wang benar yang diterima isi rumah dalam bentuk gaji bulanan akan bertambah dan mampu dimanfaatkan sebaik-baik mungkin misalnya untuk tabungan, selain perbelanjaan sara hidup mereka dengan sendirinya akan berkurang.
Pada akhirnya, sudah tentulah kesejahteraan institusi keluarga dapat dibentuk. Ini memandangkan institusi keluarga yang tidak dibebani atau dihantui oleh perbelanjaan sara hidup yang meningkat setiap bulan, dengan sendirinya dapat menghindarkan ketua isi rumah sebagai contoh terlibat dalam perlakuan rasuah.
c) Mempergiatkan dan mempercepatkan dengan kadar pantas pembinaan apartmen kos rendah, flat Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), lot dan ruang niaga, premis gerai bagi penduduk setinggan dan peneroka bandar, golongan miskin bandar, dengan mengguna pakai teknologi dan sistem binaan IBS.
Apartmen, flat PPRT tiga bilik ini boleh diupayakan peranannya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan UDA Holdings yang kemudiannya boleh disewa beli kepada penduduk bandar miskin atau berpendapatan rendah. Sekali gus isu setinggan bandar, pencerobohan tanah kerajaan, kontroversi antara penduduk setinggan dan pemaju serta hasrat kerajaan untuk menjayakan satu keluarga satu rumah akan tercapai.
Dasar sebelumnya yang lebih berorientasikan pembinaan kondominium mewah dan sederhana atas hasrat dan strategi keuntungan komersial semata-mata haruslah dikurangkan. Tanah-tanah milik kerajaan sedia ada perlulah direncanakan strateginya ke arah ini.
Langkah ini boleh memperbetulkan strategi kependudukan yang dilihat tidak seimbang selama ini. Kesan kurangnya pembinaan apartmen kos rendah menyebabkan komposisi Melayu dalam bandar atau bandar raya kian terpinggir, dan kawasan tumpuan ini hanya dimonopoli oleh kaum etnik tertentu sahaja.
Dari aspek integrasi, usaha perpaduan dan pencapaian hasrat Satu Malaysia tentulah akan menghadapi dilema jika dasar kependudukan ini tidak segera dibetulkan.
Jika langkah-langkah praktikal ini boleh diupayakan segera, dijayakan secara tuntas lagi ikhlas, maka kesan maksimum daripada pakej rangsangan ekonomi mampu menjadi ramuan mujarab secara jangka pendek mahupun jangka panjang bagi membantu meringankan bebanan ditanggung rakyat. Selain itu memperlihatkan imej kerajaan yang bersungguh, praktikal dan teliti dalam memastikan apa jua agihan, perbelanjaan ekonomi negara dapat sampai terus kepada golongan sasar.
PENDAPAT PELAJAR TERTAKLLUK PADA AUKU
Pelajar universiti diingatkan bahawa sebarang tingkah laku dan tindakan mereka dalam mengemukakan pandangan atau pendapat masih tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pindaan terhadap AUKU masih menetapkan bahawa kebebasan bersuara mereka perlu mematuhi syarat terkandung dalam akta berkenaan.
“Pelajar bebas menyuarakan pandangan tetapi perlu ingat yang kebebasan itu masih tertakluk kepada peraturan ditetapkan apabila AUKU yang dipinda akhir tahun lalu dan diwarta awal tahun ini.
“Kita tetap memberi kebebasan kepada pelajar melahirkan pandangan mereka tetapi mestilah menerusi wakil mereka dalam sekretariat pelajar. Apa saja tindakan mereka perlu ada kesedaran kerana masih tertakluk kepada AUKU,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Binary (BUC) dengan Universiti Zambia (Unza) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Sebelum itu, Mohamed Khaled merasmikan majlis penutup Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Komanwel (CCEM) Ke-17 di tempat sama.
Beliau mengulas saranan pihak tertentu supaya selepas AUKU dipinda, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) perlu memberi sepenuhnya ruang kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan tanpa terikat dengan agenda institusi berkenaan.
Mengenai konsep autonomi universiti, Mohamed Khaled berkata, kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat kerana ia membabitkan aspek fleksibiliti dan akauntabiliti.
“Kebebasan penuh kepada universiti menerusi konsep autonomi masih perlu dibincangkan kerana operasi IPTA masih melalui kerajaan. Kebebasan sebenar kepada kakitangan universiti masih perlu dibincangkan kerana ia akan menyentuh isu akauntabiliti,” katanya.
(BERITA HARIAN)
KOMENTAR - GURU BI SECARA 'BIDAN TERJUN' HARUS DIHENTIKAN
Oleh ZAINOR SAID
Sistem pendidikan negara kini berdepan dengan satu lagi perubahan besar yang bakal menentukan nasib dan masa depan pelajar hari ini. Perbualan dan perbincangan mengenainya semakin panas dan rancak diperkatakan.
Berdasarkan kepada respons positif lebih daripada 80 peratus maklum balas yang diterima Kementerian Pelajaran, cadangan mewajibkan lulus subjek Bahasa Inggeris di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah hampir pasti akan dilaksanakan.
Tinggal lagi Kementerian Pelajaran tidak mahu terburu-buru melaksanakannya dan mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak kemelut serta polemik berpanjangan seperti apa yang berlaku terhadap Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang mencetuskan bantahan kuat daripada pelbagai pihak.
Maklum balas terhadap cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu cukup berbeza berbanding reaksi orang ramai terhadap dasar PPSMI. Setakat ini, laporan menerusi media massa sebahagian besarnya melaporkan maklum balas positif dan belum kedengaran mana-mana pihak yang menyuarakan bantahan secara terbuka terhadap cadangan itu.
Kita yakin banyak pihak yang menyokong dan bersetuju dengan cadangan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran. Malah sejak awal dasar PPSMI dilaksanakan pada 2003, ketika Kementerian Pelajaran diterajui Datuk Seri Hishammudin Hussien, pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan mereka, bahawa dasar PPSMI bukan pendekatan terbaik untuk pelajar menguasai bahasa Inggeris.
Mereka mengemukakan pandangan yang berasaskan kajian konkrit bahawa untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, sesuatu harus dilakukan terhadap pengajaran dan pembelajaran berkaitan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri, bukannya menerusi subjek lain.
Walaupun pada dasarnya sebahagian besar rakyat tidak membantah dengan cadangan itu, sekali gus membuktikan mereka mengakui pentingnya bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran wajar menjalankan kajian lebih terperinci, bukan sekadar mengguna pakai pendapat dan pandangan orang ramai yang dilontarkan menerusi laman web.
Bagaimanapun kita yakin, tentu ada segelintir masyarakat yang masih sangsi dan bimbang dengan cadangan itu, terutama golongan yang selama ini mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris termasuk dalam kalangan pelajar serta ibu bapa. Kita harap apabila cadangan ini menjadi kenyataan, sikap pelajar serta ibu bapa berkenaan harus berubah bagi memastikan mereka tidak tercicir.
Banyak aspek harus diperhalusi sekiranya Kementerian Pelajaran benar-benar serius untuk melaksanakannya. Antara paling penting yang perlu diberi perhatian kementerian ialah menetapkan tempoh masa paling sesuai untuk melaksanakan dasar baru itu.
Tempoh masa itu penting agar pelajar kumpulan pertama dapat membuat persediaan secukupnya sejak awal untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris.
Mengambil kira bilangan pelajar yang gagal bahasa Inggeris setiap tahun iaitu di sekitar 130,000 calon, tempoh lima tahun diberikan kepada pelajar memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dirasakan wajar. Ini bermakna pelajar kumpulan pertama yang bakal terbabit dengan perubahan baru ini adalah mereka yang memasuki tingkatan satu tahun depan dan bakal menduduki SPM pada tahun 2014.
Dalam menentukan tempoh pelaksanaan cadangan itu, Kementerian Pelajaran juga harus mengambil kira kemampuannya dalam menyediakan guru yang benar-benar mantap serta memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik dan berkesan supaya apa yang diajar difahami pelajar secara maksimum.
Kita sering mendengar keluhan pihak pengurusan di kebanyakan sekolah yang masih berdepan dengan masalah kaedah P&P yang lapuk serta kekurangan guru bahasa Inggeris menyebabkan mereka terpaksa bertindak mengambil guru secara ‘bidan terjun’ atau’ tangkap muat’ untuk mengajar subjek berkenaan, walaupun mereka itu bukan mengikuti latihan perguruan dalam bidang atau opsyen bahasa Inggeris.
Keadaan itu menyebabkan proses P&P gagal berjalan secara berkesan dan tidak mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar mahir bahasa Inggeris. Adalah sukar untuk mencapai matlamat, jika terdapat sesetengah anak murid sendiri menegur kesilapan dan sebutan guru yang mengajar di dalam kelas.
Kita harap jika Kementerian Pelajaran benar-benar serius untuk melahirkan generasi yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dapat bersaing sehingga ke arena antarabangsa, penyediaan guru yang mantap kemampuan mereka dalam bahasa Inggeris harus disediakan terlebih dulu.
Era ‘bidan terjun’ dan ‘tangkap muat’ guru bahasa Inggeris harus ditamatkan serta-merta dan guru yang mengambil opsyen bahasa Inggeris harus bersedia untuk berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman kerana di sinilah khidmat mereka amat diperlukan.
Mereka tidak harus rasa tertekan atau takut untuk memikul tanggungjawab yang mencabar ini kerana berjaya atau gagalnya dasar yang mahu dibawa oleh kerajaan banyak bergantung kepada komitmen guru.
Dalam melakukan sebarang perubahan sistem pendidikan negara, Kementerian Pelajaran harus meletakkan kepentingan pelajar luar bandar pada kedudukan paling atas. Dengan prasarana serba kekurangan, pendedahan yang terbatas serta bahan bacaan begitu terhad, syarat wajib lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM mungkin menjadi halangan kejayaan pelajar di luar bandar, jika pelaksanaannya gagal mencapai matlamat.
NASA MAHU BOM BULAN
Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam.
Letupan itu satu ujian untuk melihat sama ada ia dapat menghasilkan air di atmosfera planet itu. NASA akan meneliti awan di bulan selepas ujian dilakukan bagi melihat sama ada air atau wap terhasil, kata The Telegraph.
Saintis menjangka impak letupan besar itu boleh menghasilkan satu awam besar mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang mampu dilihat dari bumi.
Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan membina sebuah pangkalan di bulan.
Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir tetapi ais dipercayai terperangkap dalam kawah yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.
Misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang tidak membabitkan manusia, akan melancarkan satu roket 'Centaur' ke bulan pada dua kali kelajuan peluru.
Satu lagi pesawat angkasa lepas akan mengorbit bulan selama setahun bagi mencari lokasi sesuai untuk pendaratan angkasawan.
Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lurah yang dalam dan kawasan dipercayai bekas pantai dianggap bukti paling jelas air wujud di planet Marikh, kata saintis.
(AGENSI)
HAD 10 MATA PELAJARAN SPM KEKAL
Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengambil 10 mata pelajaran mulai tahun depan, namun pengecualian diberikan kepada mereka daripada aliran agama sains.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan keputusan itu, pelajar aliran agama sains dibenarkan mengambil 11 mata pelajaran, tetapi hanya untuk tahun 2010 sahaja.
Katanya, kelonggaran itu terpaksa diberikan kepada pelajar aliran tersebut kerana pengambilan 11 mata pelajaran di dalam SPM telah menjadi amalan sejak sekian lama.
‘‘Setelah mengambil kira rayuan pentadbir sekolah agama sains, kerajaan memutuskan bahawa pelajar aliran ini (agama sains) diberikan pengecualian dan dibenarkan mengambil maksimum 11 mata pelajaran. Kita memahami kesukaran yang mereka hadapi.
‘‘Bagaimanapun, kelonggaran ini kita hanya berikan untuk tahun depan sahaja. Oleh itu, satu bentuk pengubahsuaian perlu dilakukan segera kerana mulai tahun 2011, semua pelajar termasuk aliran agama sains hanya dibenarkan mengambil 10 mata pelajaran,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar sebelum menghadiri satu program persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel ke-17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.
Sebelum ini, kerajaan menyedari permasalahan pelajar sekolah menengah aliran agama sains sekiranya mereka dihadkan mengambil 10 mata pelajaran dalam SPM kerana mengikuti pendidikan sains dan agama secara serentak.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelajar yang menduduki SPM mulai tahun depan dibenarkan mengambil peperiksaan untuk maksimum 10 mata pelajaran sahaja.
Pengumuman itu bagaimanapun mendapat bantahan beberapa pihak seperti MIC yang mendakwa pelajar tidak boleh lagi menduduki kertas Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil secara serentak serta perlu memilih salah satu mata pelajaran sahaja.
Muhyiddin berkata, 11 mata pelajaran yang perlu diambil oleh pelajar aliran agama sains ialah empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.
‘‘Tiga lagi mata pelajaran agama iaitu Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah, Pengajian Syariah dan Bahasa Arab Tinggi. Empat lagi mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan,” katanya lagi.
Menjawab satu pertanyaan, Muhyiddin berkata, pengecualian itu hanya dibenarkan kepada pelajar aliran agama sains dan bukan pelajar agama.
‘‘Pelajar agama tetap tertakluk kepada syarat pengambilan 10 mata pelajaran. Pelajar di sekolah persendirian dalam apa jua aliran,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin menjelaskan pada asasnya kementerian telah menetapkan enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam atau Moral.
Namun, katanya lagi, pelajar yang berada dalam tiga aliran iaitu agama sains, agama dan sains hanya perlu mengambil empat ke lima mata pelajaran teras.
‘‘Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pelajar agama sains hanya perlu mengambil empat mata pelajaran teras kerana mereka tidak perlu mengambil Sains dan Pendidikan Agama Islam.
‘‘Pelajar aliran agama pula hanya perlu mengambil lima mata pelajaran teras dan begitu juga pelajar aliran sains kerana mereka tidak perlu mengambil Pendidikan Agama Islam dan Sains. Ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya pertindihan,” katanya lagi.
Sementara itu, Muhyiddin sekali lagi memberi penekanan bahawa tujuan kerajaan mengehadkan pengambilan 10 mata pelajaran adalah untuk mengelakkan pelajar di negara ini terlalu berorientasikan pencapaian peperiksaan.
‘‘Saya percaya melalui usaha mengehadkan pengambilan kepada 10 mata pelajaran, ia mampu membangunkan potensi murid secara lebih intensif dan komprehensif.
‘‘Ia adalah kerana guru dan murid mempunyai lebih banyak masa untuk menyeimbangkan antara kegiatan akademik dan aktiviti kokurikulum,’’ katanya.
Beliau seterusnya mahu melihat perkembangan akal, rohani dan emosi murid lebih seimbang supaya ia selari dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.
(UTUSAN)
Khamis, 18 Jun 2009
SEMAKAN KEPUTUSAN & SURAT TAWARAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2009
https://upu.mohe.gov.my/semakdp/index.php
ATAU
http://upu.mohe.gov.my
18/06/2009
UNIT PUSAT UNIVERSITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
Rabu, 17 Jun 2009
SEMAKAN KEPUTUSAN & SURAT TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) & KPLI-J-QAF AMBILAN JUN 2009
Semakan Keputusan & Surat Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) & KPLI J-QAF Ambilan Jun 2009 boleh dibuat di LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) :
http://apps.emoe.gov.my/kpli/twrkpli/
ATAU
http://www.moe.gov.my
Calon yang berjaya hendaklah mencetak surat tawaran sementara dan membawanya pada hari pendaftaran. Surat tawaran asal akan diberikan semasa calon mendaftar.
Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan menyebabkan calon yang berjaya hilang kelayakan untuk mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
17/06/2009
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
USUL DEBAT KEPENGGUNAAN 2009
1. AKTA OKU menjamin kualiti hidup OKU.
2. Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia tidak mesra OKU.
3. NGO efektif mendidik pengguna.
4. Krisis ekonomi mengancam keselamatan produk.
5. Kelemahan perancangan bandar punca kesesakan lalulintas.
6. Pengguna di Malaysia sedar.
7. Iklan meningkatkan penggunaan tidak lestari.
8. FSC memastikan khazanah hijau kekal.
9. Kepentingan ekonomi di hadapan: Tanggungjawab sosial di belakang.
10. Bahan api bio penyebab krisis makanan dunia.
11. Pengeluar makanan di Malaysia tidak mementingkan keselamatan produk.
12. Iklan mendidik pengguna.
13. Petani di Malaysia tidak mendapat harga yang patut.
14. Iklan makanan ringan sekadar gimik.
15. Langkah pengurangan gas rumah hijau di Malaysia tidak berkesan.
16. Mitigasi pemanasan global di Malaysia tidak berjaya.
17. Pengurusan 3R di Malaysia: cakap tak serupa bikin.
18. Sikap tidak lestari punca kekurangan air bersih.
19. Botol susu plastik wajar diharamkan.
20. Pembangunan lereng menyebabkan tanah runtuh.
21. Sisa eletrik dan eletronik: Penguatkuasaan undan-undang jawapannya.
22. Pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan.
23. Ibubapa punca anak-anak menjadi pengguna yang tidak bijak.
24. Pengguna Malaysia: Kerbau dicucuk hidung.
25. Virus H1N1 keranamu pengguna.
26. Pengguna Malaysia perlukan perubahan gaya hidup.
JADIKAN PENGUCAPAN AWAM KOKURIKULUM UTAMA DI IPT
SAMARAHAN 16 Jun - Institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu menjadikan pengucapan awam atau debat sebagai kegiatan kokurikulum utama di kampus.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan berharap debat bukan hanya dijadikan sebagai satu kegiatan semata-mata tetapi mahu ia menjadi budaya kepada para pelajar di IPT.
Menurutnya, pengucapan awam atau debat penting kepada pelajar IPT dalam membina keyakinan diri dan kebolehan berkomunikasi di samping persiapan menempuh alam pekerjaan.
''Kita harap dapat memperluas kegiatan debat di kalangan pelajar sekolah atau IPT yang bukan hanya meliputi aktiviti kokurikulum malah menjadikannya budaya di kalangan pelajar.
''Untuk tujuan itu, sesebuah IPT perlu ada kakitangan dan modulnya tersendiri,'' katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Akhir Debat Antara IPT 2009 di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan dan Naib Canselor Unimas, Profesor Dr. Khairuddin Ab. Hamid.
Dalam pada itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) diumumkan juara pertandingan debat itu selepas mengalahkan pencabar dari Universiti Malaya (UM).
Sebanyak 16 IPTA dan 10 IPTS dari seluruh negara menyertai pertandingan debat itu sejak tiga hari lalu.
Pasukan UiTM diwakili empat pendebat, Remmy Muntigerai, 21, dari cawangan Sarawak manakala Khairulnizam Bakeri, 24, (Kelantan), Siti Nadzirah Abdullah, 23, (Shah Alam) dan Mastura Arbin, 22, (Sabah).
(Utusan )
Isnin, 15 Jun 2009
KOMENTAR - PILIH GURU YANG BENAR-BENAR MAHU BERKHIDMAT
Langkah Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mulai tahun depan dijangka mampu memantapkan lagi profesion perguruan terutama membabitkan graduan lepasan universiti. Berbanding pelatih yang mengikuti program ijazah perguruan di institusi pendidikan guru (IPG) yang terpaksa menghabiskan sehingga lima tahun untuk memperoleh ijazah sebelum ditawarkan mengajar di sekolah, tempoh yang diambil oleh pelatih KPLI adalah singkat, iaitu hanya setahun sebelum ini. Kita menyokong langkah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk memanjangkan tempoh kursus menjadi 18 bulan kepada pelatih berkenaan sebelum ditempatkan di sekolah di seluruh negara.
Ini penting untuk memastikan guru terbabit mampu menguasai sepenuhnya pedagogi pendidikan yang menjadi teras kursus sebelum berdepan dengan pelajar di sekolah. Jika pelatih yang mengambil ijazah Sarjana Muda Perguruan dan program Sarjana Muda Pendidikan di universiti tempatan mengambil masa yang lama untuk diiktiraf, maka tidak adil bagi pelatih KPLI hanya mengikuti kursus singkat terus diserapkan menjadi guru. Tambah lagi, langkah diambil BPG itu adalah lanjutan terhadap kajian yang mendapati tempoh singkat bagi melatih pelatih KPLI menyumbang kepada kegagalan melahirkan guru berkualiti di kalangan lepasan berkenaan.
Dalam pada itu, langkah memanjangkan tempoh kursus dijangka dapat mengurangkan mereka yang semata-mata ingin mengejar pekerjaan, tanpa melihat kecenderungan sama ada mereka boleh menjadi guru cemerlang atau setakat makan gaji. Ini penting bagi negara mendapatkan mereka yang betul-betul layak dan meminati bidang perguruan, bukan menjadikan perguruan sebagai pilihan selepas tidak mendapat pekerjaan lain.
Tidak hairanlah dianggarkan sejumlah 100,000 lepasan universiti yang masih menganggur memohon KPLI tahun ini bagi mendapatkan pekerjaan. Berbanding, bidang lain, perguruan memerlukan mereka yang bukan saja berminat untuk mengajar malah mendampingi kanak-kanak yang bakal menjadi anak didik mereka. Bukan mudah untuk menjadi guru baik yang lengkap dengan ilmu pendidikan membabitkan psikomotor, afektif dan kognitif yang dapat mendidik kanak-kanak untuk menjadi insan yang sempurna mental dan fizikalnya.
Selain itu, kita berharap Kementerian Pelajaran dapat menyaring calon yang benar-benar layak untuk menjadi guru bagi memastikan mutu pendidikan di negara ini mencapai tahap yang diharapkan. Kita berasakan kementerian perlu mengetatkan langkah pengambilan, selain memanjangkan tempoh kursus kerana kita tidak mahu sekolah menjadi tempat lambakan guru yang ingin mudah mendapat pekerjaan. Jika ini berlaku, ia amat malang bagi sistem pendidikan kita kerana guru yang tidak berminat atau tidak sanggup mengorbankan jiwa raga untuk mendidik, akan berdepan dengan rasa kecewa dan bosan selepas bertahun-tahun mengajar.
Guru yang cemerlang dan terbilang amat kita perlukan bagi mendidik 5.4 juta pelajar di hampir 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dengan jumlah 386,031 guru di seluruh negara, kita amat berharap mutu pendidikan negara akan terus dipertingkatkan sejajar dengan proses kemajuan dan pembangunan negara.
(BERITA HARIAN)
KESATUAN GURU BANTAH LANJUTKAN TEMPOH KPLI
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti.
"Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan.
Misrah berkata, keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mendakwa tempoh setahun sekarang kurang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti.
Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan, berbanding tiga bulan sekarang.
Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi guru.
"Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.
"Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semuanya terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, juga berpendapat bahawa tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai.
Aminah bersetuju jika tempoh praktikal pelajar KPLI dilanjutkan bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada bakal guru.
"Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru yang berkualiti," katanya.
(BERITA HARIAN)
LAWAT PORTAL PRICE WATCH UNTUK HARGA BARANG
Pengguna kini boleh mengetahui senarai harga 355 barang di pasar di seluruh negara pada pukul 12 tengah hari setiap hari menerusi portal price watch Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai harga tersebut dijangka membantu para pengguna untuk menilai sendiri barangan yang ingin dibeli di samping membolehkan mereka memilih pasar atau pasar basah yang mahu dikunjungi.
Katanya, kementerian akan memperoleh maklumat mengenai senarai harga tersebut menerusi pegawai pemantau yang terdapat di setiap daerah dan bahagian di seluruh negara sebelum pukul 12 tengah hari setiap hari dan kemudiannya dimasukkan secara talian ke dalam portal berkenaan.
‘‘Dengan kaedah tersebut, pengguna boleh melakukan pemeriksaan senarai harga barangan menerusi portal price watch sebelum membeli-belah di mana-mana pasar basah yang menawarkan harga murah.
‘‘Contohnya di Kuching, senarai harga di dua pasar basah iaitu Satok dan Stutong akan dipamerkan dalam portal tersebut, terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan berdasarkan senarai harga tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Portal price watch boleh dilayari melalui http://pricewatch.kpdnhep.gov. my manakala smart consumer pula di alamat www.smartconsumer.my
Ahad, 14 Jun 2009
KRUSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH 18 BULAN
Oleh Azrul Affandi Sobry
Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.
"Namun, berdasarkan penelitian serta mengambil kira pandangan semua pihak, BPG positif lanjutan tempoh itu perlu dilaksanakan dan mempunyai rasional kukuh. Cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Berita Minggu.
Mengenai desakan beberapa pihak supaya tempoh pengajian itu dipanjangkan kepada dua tahun, Misrah berkata, ia tidak relevan kerana terlalu mengambil masa bakal guru.
Katanya, jika tempoh KPLI terlalu lama, mungkin graduan tidak berminat dengan kerjaya perguruan kerana jangka masa sama sebenarnya mencukupi untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat sarjana.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas dakwaan bahawa bidang perguruan menjadi tempat longgokan graduan menganggur, berkata sistem tapisan bakal guru bagi mengikuti KPLI cukup ketat.
Katanya, semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian khas pemilihan guru.
"CGPA itu bukan kecil. Ini bermakna pemohon untuk KPLI terdiri di kalangan antara yang terbaik di universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat kesungguhan pemohon untuk menjadi guru.
"Jika melepasi ujian, ada pula peringkat ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai secara terperinci sahsiah dan karakter pemohon," katanya.
Katanya, dakwaan itu mungkin berlaku satu ketika dulu kerana tapisan mengikuti KPLI tidak sebegitu ketat, namun dengan 80,000 permohonan tahun ini dan hanya 5,132 pengambilan, persaingan itu pasti sengit dan calon terpilih pastinya antara terbaik.
Pada masa sama, katanya, kementerian kini memperbanyakkan pengambilan guru untuk Program Sarjana Muda Perguruan yang bakal mengisi sehingga 6,200 tempat.
(Berita Harian)
PTPTN KAJI SYOR POTONG GAJI PEMINJAM
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menimbang cadangan pelaksanaan pemotongan gaji peminjamnya terus melalui majikan seperti Potongan Cukai Berjadual (PCB) atau caruman bulanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja jika mereka terus berdegil serta ingkar membayar hutang.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, bagaimanapun menegaskan, ia adalah langkah terakhir yang akan diambil sekiranya peminjam masih berdegil walaupun ketika ini, PTPTN sudah bertindak tegas terhadap kira-kira 15,000 bekas pelajar yang tidak dapat ke luar negara selepas disenaraihitamkan.
"Buat masa ini, kerajaan belum berhasrat untuk membuat pemotongan gaji peminjam terus melalui majikan seperti PCB atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana masalah hutang itu masih boleh diselesaikan melalui rundingan.
"Kajian untuk pelaksanaan kaedah pemotongan gaji itu sudah diusahakan bagi mengutip semula hutang daripada peminjam tegar yang kini, sudah membabitkan nilai RM2.1 bilion berbanding jumlah bayaran semula RM1.027 bilion hingga 30 April lalu," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan wang pendahuluan pinjaman PTPTN berjumlah RM1,500 kepada hampir 200 pelajar dari Pasir Gudang dekat sini, yang mendapat tawaran ke universiti di seluruh negara.
Majlis yang diadakan di Politeknik Johor Bahru itu turut dihadiri Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd Ghani dan Pengarah Politeknik Johor Bahru, Shabudin Man.
Seramai 196 pelajar dari kawasan itu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerima wang pendahuluan pinjaman berjumlah RM1,500 seorang.
Ditanya sama ada tindakan kerajaan menyenaraihitamkan peminjam tegar daripada keluar negara dianggap boleh mencabul hak dan kebebasan rakyat untuk bergerak, Mohamed Khaled berkata, setiap hutang mesti dibayar.
(BERITA HARIAN)
IBRAHIM ABU SHAH ADA 130,000 'ANAK'

Tokoh akademik bermisai melintang ini pasti digeruni oleh sesiapa sahaja yang melihatnya buat kali pertama. Mereka yang tidak mengenalinya dari dekat mungkin menafsirkan bahawa beliau seorang yang garang dan bengis.
Namun hakikatnya, lelaki yang berasal daripada Kampung Serkam Pulai, Melaka ini adalah seorang periang, peramah dan mudah didekati.
Pada mulanya penulis sendiri tidak menyangka bahawa beliau bersedia menerima permintaan penulis untuk mengadakan temu bual di rumahnya. Sangkaan penulis tentulah orang yang begitu sibuk sepertinya tidak mempunyai masa untuk melayan temu bual sempena Hari Bapa yang akan menjelang tiba. Pada beliau mungkin isu-isu akademik lebih penting dan harus diutamakan.
Bagaimanapun sangkaan penulis ternyata meleset. Temujanji yang dibuat pada pukul 8.30 malam di rumah tiga tingkat milik beliau berjalan dengan lancar.
Selepas dipersilakan masuk oleh anak bongsu beliau, Izhamuddin, 17, penulis 'mencuci mata' dengan memerhatikan ruang tamu rumah yang dipenuhi dengan gambar-gambar beliau semasa menerima pingat kebesaran dan gambar bersama isteri tersayang, Datin Zahariah Mohamed.
Sehelai hamparan permaidani buatan tangan tergantung yang menampilkan wajah beliau nampak seakan-akan 'hidup' dan seperti memerhatikan orang yang melihatnya. Memang nampak garang, detik hati penulis.
Seketika itu juga, beliau turun dan menyapa. Berkemeja lengan pendek corak kekotak biru dan berseluar denim hitam, lelaki yang dimaksudkan ini, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, ramah menerima tetamu.
''Saya baru sahaja habis bersenam. Setiap hari saya akan pastikan saya dapat melakukan senaman seperti angkat berat, berjalan kaki di atas treadmill atau berenang. Di rumah saya ini ada gim kecil yang lengkap dengan peralatan senaman,'' katanya yang nampak tegap, muda dan sihat.
Justeru, walaupun telah mencecah usia 60 tahun, Ibrahim tidak menghidap apa-apa penyakit yang sering dihidapi oleh mereka yang seusia dengan beliau seperti jantung, darah tinggi atau kencing manis.
Rancak memulakan perbualan, bapa kepada enam orang anak (dua perempuan dan empat lelaki) begitu bersemangat apabila bercerita mengenai 'anak-anak'nya di UiTM.
Dipanggil sebagai 'ayahanda' oleh sebahagian daripada lebih 130,000 pelajar UiTM, Ibrahim menganggap mereka seperti anak sendiri kerana mereka juga seusia dengan anak-anak kandungnya.
''Perasaan sayang saya kepada pelajar-pelajar ini memang kuat. Saya memandang mereka seperti memandang anak sendiri, menganggap diri saya sebagai bapa mereka, berbangga dengan kejayaan mereka dan satu kepuasan apabila mereka berjaya dalam karier mereka.
''Sebagaimana saya mempertahankan anak-anak dalam rumah ini, begitu juga saya mempertahankan pelajar UiTM kerana mereka adalah tanggungjawab besar saya,'' ujar beliau yang lima orang anaknya menerima pendidikan di UiTM.
Datuk kepada dua orang cucu lelaki, Abu Raziq Abu Rajaii, dua tahun dan Abu Yusuf Abu Rajaii, tiga bulan ini menambah, sebagai ayahanda, beliau berusaha memberikan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan baik kepada semua pelajar, bantuan untuk pelajar miskin dan sebagainya. Ini kerana beliau sendiri yang berasal daripada keluarga miskin telah merasai susah payah menimba ilmu di menara gading.
''Arwah bapa saya bekas anggota polis. Namun kerana masalah kesihatan dia terpaksa meletak jawatan dan membuka bisnes kontraktor kampung kelas F. Masa itu (sekitar tahun 70-an) kehidupan memang susah namun bapa sanggup berkorban dan bersusah payah menghantar saya belajar di UiTM (dulu ITM).
''Kawan-kawan di ITM masa itu pun ramai daripada keluarga miskin. Bayangkan jika bapa kami tidak ambil kisah tentang pelajaran anak-anak, rasanya saya dan kawan-kawan tidak akan berjaya dalam hidup. Saya betul-betul bersyukur kerana dengan sikap ambil berat bapa, saya berjaya hingga di kedudukan saya sekarang ini,'' ujar anak keempat daripada sembilan beradik ini.
Sehingga ke hari ini, Ibrahim masih tetap mengenang pengorbanan bapanya. Walaupun tidak lama berkesempatan untuk membalas jasa bapa kerana telah 20 tahun bapa meninggal dunia, sempat juga beliau memberikan sebahagian daripada pendapatannya kepada bapa semasa mula-mula bertugas dahulu.
Katanya, adakalanya beliau berasa terkilan juga kerana tidak dapat membalas jasa bapa sepenuhnya. Bagaimanapun beliau tetap bersyukur kerana sempat memberikan apa sahaja yang diingini ibu yang baru dua tahun meninggal dunia.
''Sebagai anak, janganlah sakiti hati ibu bapa. Bagi seorang bapa, apabila anak-anak sudah bekerja, hubungan di antara kedua-duanya mulai renggang walaupun bapa masih mengharapkan untuk rapat dengan anak seperti ketika anak-anak masih kecil.
''Jangan buat bapa merajuk. Beri mereka kebahagiaan yang sebaik-baiknya kerana tanpa mereka, kita tidak akan berjaya pada hari ini,'' jelas Ibrahim lagi.
Beliau turut menasihatkan kepada bapa-bapa di Malaysia untuk menjadi bapa yang bertanggungjawab dan dapatkan ilmu kebapaan kerana jika tidak, anak-anak akan hilang pedoman.
Katanya, pada hari ini ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan ada yang mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak. Anak-anak adalah aset, jika bapa gagal mendidik anak, mereka akan menjadi sampah masyarakat.
''Jika dahulu, lelaki yang hendak berkahwin tidak perlu mengikuti kursus tetapi hari ini penting adanya kursus keibubapaan kerana apabila pasangan muda berkahwin, mereka tidak faham selok-belok, cabaran dan peranan mendidik anak. Jika mereka tidak ada bekalan cara mendidik yang betul, banyak masalah yang akan timbul.
''Pengalaman saya sendiri, bagaimana sibuk pun, saya tetap akan memberikan masa untuk keluarga. Masa yang berkualiti penting bersama keluarga. Walau macam mana sibuk, jangan lupakan anak-anak. Mungkin kita boleh kurangkan aktiviti lain untuk bersama dengan anak-anak.
''Seperti saya, saya tidak bermain golf walaupun saya suka kerana masa di padang golf tu saya boleh habiskan dengan anak-anak. Sudahlah hari bekerja jarang dengan anak-anak, hujung minggu ke luar daerah, kalau saya nak bermain golf juga nampaknya saya tidak akan dapat berjumpa dengan anak-anak,'' jelasnya.
Tambahnya, jika tidak ke luar daerah, beliau akan mencuri masa untuk makan tengah hari dan malam bersama keluarga. Sesekali beliau sekeluarga akan makan di luar atau bercuti. Tidak perlu pergi jauh, balik kampung pun sudah memadai.
''Hubungan saya dengan anak-anak rapat walaupun orang kata saya serius. Kami bergurau macam kawan-kawan dan mereka boleh bercerita fasal apa sahaja dengan saya,'' katanya.
Hasil perkahwinan dengan isterinya yang juga graduan UiTM, Ibrahim dikurniakan Izrina, 29, (Penolong Timbalan Presiden Affin Investment); Izmir, 28, (Jurutera Perunding); Izanee, 26, (Eksekutif); Izuddin, 23, (baru tamat pengajian di UiTM dalam Ukur Bahan); Izura, 21, (pelajar UiTM bidang Pengurusan Acara); dan Izhamuddin, 17, (pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.
Menariknya, nama kesemua anak pasangan ini dimulakan dengan IZ gabungan Ibrahim dan Zahariah.
Mengenai sambutan Hari Bapa, kata Ibrahim, beliau dan anak-anaknya memang mengingati tarikh itu.
Kebiasaannya anak sulung, Izrina akan mengambil inisiatif untuk menguruskan makan malam sekeluarga di hotel selain ucapan 'Kami Sayangkan Ayah' dan hadiah daripada yang lain.
''Setiap kali tiba Hari Bapa setiap anak sepatutnya mengingati pengorbanan bapa baik semasa masih hidup ataupun telah tiada. Ingat susah payah bapa untuk menjadikan kita manusia yang berguna dan cuba balas jasa mereka,'' ujarnya mengakhiri pertemuan.
(UTUSAN)
ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT
MENINGGALKAN solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim.
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah S.A.W, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: "Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?" (Muslim)
Huraian
Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.
Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.
Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
SKEPTIKAL OBAMA KEPADA DUNIA ISLAM
Oleh JOHARDY IBRAHIM
Dalam dunia diplomatik, bagaimana sesuatu ayat dilafazkan dan bagaimana ayat itu disusun adalah elemen yang sangat penting. Jika ditemui elemen retorik, tidak mengapa. Ia bukan satu dosa.
Bila Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berjanji membuka lembaran baru antara negaranya dengan dunia Islam, ia bukan retorik. Ia wajar dilihat sebagai sesuatu yang positif - tanpa perlu menghapuskan elemen skeptikal.
Selepas lapan tahun di bawah pentadbiran seorang koboi Texas yang mengaku dirinya seorang presiden zaman perang, tidak pernah AS mengungkapkan ayat diplomatik sebegini rupa untuk melembutkan suasana.
Sebaliknya Presiden George W. Bush cenderung untuk memutar-mutarkan pistolnya ke semua arah kerana dendamnya terhadap mereka yang dilabelnya sebagai 'pengganas Islam' yang dituduh bertanggungjawab melakukan serangan 11 September 2001 mengatasi segala-galanya, apa lagi untuk bersalaman dengan dunia Islam.
Ucapan Obama di Dewan Besar Universiti Kaherah di Mesir, kaya dengan perlambangan dan sarat dengan harapan. Nyata Obama memiliki aura yang ketara. Memulakan ucapannya dengan mengucapkan 'Asalamualaikum' terdengar sorakan dan tepukan daripada hadirin.
Mungkin tidak semua umat Islam mudah terpesona seperti mereka yang ada di dewan tersebut, apatah lagi Obama sedaya upaya memetik ayat-ayat dari al-Quran, Taurat dan Injil selama sejam ucapannya itu.
Aspek positif yang boleh dirumuskan ialah usaha presiden kulit hitam pertama AS ini untuk mempamerkan kejujurannya. Ini boleh dilihat semasa beliau berkata, 'AS memiliki hubungan yang tidak boleh diputus kan dengan Israel' tetapi beberapa ketika kemudian, menekankan kepada dunia, ke pada Israel bahawa pentadbiran beliau mahu Israel menerima formula dua negara iaitu satu untuk Israel dan satu untuk Palestin.
Penulis mahu mempercayai bahawa pendirian Obama ini bukan lagi sekadar retorik, sebaliknya satu keazaman yang akan dan sedang disalurkan dalam bentuk tindakan konkrit.
Berdasarkan laporan-laporan antarabangsa, pelantikan Rahm Emanuel - seorang Yahudi sebagai Ketua Staf Obama di White House telah kebelakangan ini 'disedari' akan men jadi orang perantaraan penting bagi Obama untuk berunding dengan ketua Zionis, Benjamin Netanyahu bagi merealisasikan formula dua negara tersebut.
Bertentangan dengan kritikan umum terhadap Emanuel yang pada awal pelantikannya dianggap sebagai bukti pengaruh Zionis dalam pentadbiran Obama, kini Emanuel bakal menjadi 'senjata utama' Obama dalam membawa keamanan di Asia Barat. Kedua-duanya, Emanuel dan Obama percaya kepada formula berkenaan. Ini adalah kunci penting.
Obama tahu selagi isu Palestin tidak diselesaikan, ia akan menjadi ikon kepada sesiapa sahaja untuk memulakan misi serangan terhadap AS. Beliau akan berhati-hati dalam memastikan objektif itu tercapai, tanpa menghiris atau melukakan hati sekutu utamanya, Israel. Justeru seruan Obama kepada Palestin supaya menghentikan serangan ke sasaran Israel.
Namun, tatkala Obama mengiktiraf isu di Palestin menjadi isu dominan dunia Islam, terdapat sesetengah saintis politik dan sarjana, terutama bukan Islam tidak mahu percaya bahawa isu kekalutan dunia Islam dengan Barat - berakar umbi daripada konflik Palestin-Israel.
Terdapat kalangan mereka yang membahaskan bahawa pertikaian di bumi Palestin tidak ada kena mengena dengan persoalan agama, ini kerana bangsa Palestin pun ada beragama Kristian. Maka logiknya pertikaian itu adalah mengenai penduduk yang telah dirampas tanah mereka dan bukan agama, kata mereka.
Malah, terdapat juga yang melahirkan rasa hairan bagaimana konflik yang begitu jauh di Asia Barat itu begitu mendapat tempat di kalangan umat Islam di Malaysia dan ia begitu ketara pada media-media massanya.
Soalan tambahan ialah mengapa konflik umat Islam di negara-negara lain tidak menerima tumpuan sehebat Palestin? Misalnya, di Darfur di mana umat Islam berketurunan Arab berperang dengan umat Islam berke turunan Afrika.
Untuk menidakkan isu Palestin-Israel sebagai isu agama, adalah sama seperti menidakkan berlakunya Holocaust. Bumi Palestin iaitu Baitulmaqdis yang menempat kan masjid ketiga paling suci dalam Islam iaitu Masjid al-Aqsa telah menjadi saksi kepada pertumpahan darah Islam sejak dari zaman Perang Salib.
Bila umat Islam berjaya merampas Baitulmaqdis, orang Kristian dan Yahudi dibenarkan pulang dengan selamat. Tapi bila umat Islam tewas, mereka yang hidup telah melalui proses Holocaust ketika itu oleh tentera Salib.
Mengapa isu Palestin lebih penting daripada Afghanistan, Iraq atau Sudan kepada umat Islam termasuk di Malaysia? Ini kerana sejarah Perang Salib itu sendiri. Kesucian dan kemuliaan Masjid al-Aqsa menjadikan Palestin simbol sejagat Islam ke hari ini.
Selama ia terus ditindas oleh Israel dan disokong oleh AS, selama itulah masalah kebangkitan elemen-elemen ekstremisme berleluasa. Mujurlah rasional ini difahami sepenuhnya oleh Obama.
Secara umumnya, butir-butir ucapan Obama tidak jauh berbeza daripada dasar Bush. Obama mengekalkan nada yang sama bahawa AS tidak akan berhenti memburu dan menghapuskan pengganas-pengganas.
Tidak ada salahnya di sini tetapi oleh kerana 'hubungan yang tidak boleh putus' dengan Israel, maka ucapan Obama kepada 'dunia Islam' pada Khamis minggu lalu, kini kekal di hati umat Islam dengan perasaan yang sarat dengan skeptikal. Caranya berbeza tapi intipatinya sama.
Ini menjadikan Obama lebih diingati sebagai seorang presiden yang menawan hati dan mempesona dengan auranya, bukan sebagai presiden yang menyelesaikan isu Islam dengan Barat.












